Ramadan Mubarak 2018 (Siri ke-7) : Tafsir ringkas bagi ayat 175 - 178 dari surah Al-A’raaf
Berikut adalah mafhum bagi ayat 175 - 178 dari surah Al-A’raaf (7) untuk renungan kita hari ini : “Dan bacakanlah kepada mereka wahai Muhammad, suatu berita tentang oran yang telah Kami berikan kepadanya kefahaman dan peringatan yang mendalam mengenai ayat-ayat dan tanda-tanda keagungan Kami. Tetapi dia telah berpaling dari peringatan-peringatan tersebut. Lalu dia diikuti oleh syaitan yang sentiasa berusaha untuk menggodanya. Maka jadilah dia akhirnya dari kalangan orang-orang yang sesat. Dan jika Kami kehendaki, Kami boleh tingkatkan darjatnya disebabkan oleh kefahamannya yang mendalam dan keimanannya yang tinggi terhadap peringatan-peringatan yang telah Kami beri kepadanya. Tetapi dia lebih cenderung kepada dunia dan telah memilih untuk menurut hawa nafsunya yang rendah. Perumpamaan baginya ialah seperti seekor anjing yang mengharapkan sesuatu. Jika kamu menghalaunya, dia akan lari dalam keadaan menghulurkan lidahnya kerana hampa. Dan jika kamu membiarkannya sah...