Ramadan Mubarak 2018 (Siri ke-5) : Kisah tawanan perang Badr dan kaitannya dengan kes mencuri, rasuah dan salahguna kuasa berskala mega oleh Najib Razak.
Ketika sedang tunggu untuk masuk waktu solat subuh selepas kami sekeluarga
bersahur semalam, anak saya beri komen tentang gambar Najib Razak di Instagram yang
diambil bersama-sama dengan ibunya Toh Puan Rahah selepas mereka mengerjakan
solat terawih. Berikut komen anak saya : “Kesian pulak kat si Najib bila
tengok gambar dia dengan mak dia macam ni.”
Dengan segera saya menjawab : “Issshhhh... Jangan kesian sikit pun pada dia.
That’s the whole idea why he is posting his pictures in the social media. This
bloody thief wants our sympathy and is asking us to feel sorry for him. He can
pray all he wants and beg for forgiveness from Allah. That is his right. But
don’t expect for any forgiveness or sympathy from me. I am not the least bit
sorry for him.”
Macam tidak ada hati perut sahaja statement saya kan? Macam mana orang yang
kononnya faham Al-Qur’an boleh bersikap begini?
Oleh kerana saya rasa saya faham Al-Qur’an lah saya bersikap begini. Saya mengambil
tauladan dari sikap Umar al-Khattab, hero saya yang “terpaling-paling hero”
sekali dalam dunia selepas Nabi Muhammad (saw).
Lalu saya pun mula membuka cerita kepada anak saya untuk terangkan kenapa
saya bersikap demikian. Inilah yang ingin saya kongsi bersama para pembaca
sekalian di ruangan ini.
Jom flashback kembali kepada peristiwa perang Badr, iaitu peperangan
pertama dalam sejarah Islam yang berlangsung pada 17hb Ramadan, tahun ke-2
Hijrah, kira-kira 1,437 tahun lalu.
Di dalam peperangan Badr, seramai 313 tentera Islam bertempur dengan 950
tentera kafir Quraisy. Ikut logik, tentera Islam sepatutnya kalah kerana mereka
bertempur tidak guna senapang atau meriam. Mereka berperang secara berdepan
atau face to face combat. Mana mungkin 313 orang boleh
lawan dengan 940 orang dan berjaya mengalahkan mereka?
Tetapi disebabkan ketaqwaan dan keberanian tentera Islam yang dengan
selayaknya mendapat bantuan ghaib dari Allah, maka tentera Islam berjaya
mengalahkan tentera Quraisy dalam peperangan yang amat bersejarah ini.
Saya akan fast forward kisah ini tanpa
berbincang lebih detail tentang apa sebab-sebabnya peperangan ini boleh berlaku
kerana tujuan rencana ini ialah untuk bercerita tentang kisah selepas tamatnya
peperangan tersebut dan iktibar untuk kita pelajari dan ikuti.
Secara ringkas, seramai 14 tentera Islam gugur syahid sementara 70 tentera
kafir mati dan 70 lagi di tawan. Dalam perjalanan pulang ke Madinah bersama 70
tawanan tersebut, Nabi dan tentera Muslim berhenti untuk berehat di sebuah
tempat bernama Shafra’.
Di sini, baginda memerintah para sahabatnya membunuh 2 orang tawanan yang
bernama Nadhr bin Harith dan Uqbah bin Mu’ith kerana kebencian melampau mereka
terhadap Islam hingga bertindak sangat keras terhadap golongan Muslimin yang masih
lemah ketika di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah.
Untuk selebih 68 lagi tawanan yang masih hidup, Nabi kemudian bertanyakan
pendapat Abu Bakr As-Siddiq tentang apa yang patut dilakukan kepada mereka.
Lalu Abu Bakr berkata bahawa mereka adalah terdiri dari sanak saudara golongan
Muslim sendiri dan memberi cadangan supaya mereka jangan dibunuh, tetapi
dilepaskan dengan bayaran tebusan oleh keluarga mereka yang ingin mereka
dibebaskan.
Dengan menerima bayaran tebusan ini, Abu Bakr berkata bahawa kaum Muslimin boleh
menggunakannya bagi membina kekuatan untuk berhadapan dengan gangguan tentera
kafir di masa akan datang. Seterusnya, beliau berpendapat bahawa mereka yang
dibebaskan mungkin akan diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam selepas
itu.
Kemudian Nabi berpaling kepada Umar al-Khattab untuk bertanyakan tentang
pendapatnya pula. Lalu Umar berkata yang beliau tidak bersependapat dengan Abu
Bakr dalam hal ini dan meminta Nabi agar menyerahkan saja kesemua tebusan itu
kepadanya dan beberapa sahabat lain untuk dipenggal kepala mereka.
Umar dengan tegas berkata bahawa walaupun tawanan-tawanan itu adalah dari
kaum kerabat mereka, faktor yang lebih penting untuk diambil kira ialah bahawa tawanan-tawanan
tersebut adalah musuh-musuh utama Islam dan sebahagian dari mereka adalah tokoh-tokoh
kaum kafir Quraisy yang berpengaruh.
Sikap permusuhan mereka yang keras sejak dari awal dahulu tidak patut
dimaafkan. Pembunuhan mereka harus dijadikan satu tauladan besar dan isyarat
jelas kepada kaum Quraisy bahawa golongan Muslimin tidak gentar kepada mereka walau
sedikit pun dan jangan cari pasal lagi jika ingin hidup lebih lama.
Setelah
Nabi mendengar pandangan dari kedua-dua sahabat utamanya ini, baginda memilih
untuk menerima pandangan Abu Bakr. Maka keputusannya ialah tawanan-tawanan
tersebut akan dibebaskan dengan bayaran tebusan. Umar akur dengan keputusan
ini.
Pada
keesokkan hari Umar mengunjungi Nabi dan tanpa disangka, beliau mendapati Abu
Bakr bersama baginda Nabi sedang menangis. Apabila ditanya kepada
Nabi mengapa mereka menangis, baginda menjawab bahawa mereka sedang memohon keampunan
dari Allah di atas keputusan yang baginda ambil mengenai nasib tawanan yang
berpihak kepada Abu Bakr semalam. Rupa-rupanya Nabi telah ditegur oleh Allah melalui
wahyuNya yang baru turun mengiktiraf dan bersetuju dengan cadangan Umar supaya
membunuh mereka :
“Tidak sepatutnya
bagi seorang Nabi mengambil tawanan-tawanan perang sebelum ia melumpuhkan
musuh-musuhnya di muka bumi ini terlebih dahulu. Kamu inginkan harta dunia
(yang tidak kekal), sedangkan Allah menghendaki (untuk kamu pahala yang kekal
di) akhirat. Dan ingatlah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Kalaulah tidak
kerana telah adanya ketetapan yang telah terdahulu dari Allah (yang berjanji
untuk mengampuni segala dosa-dosa lampau kaum Muslimin yang turut serta dalam
perang Badr ini), sudah tentu kamu akan ditimpa azab seksa yang besar
disebabkan (bayaran) tebusan yang telah kamu ambil itu.”
[Al-Anfaal (8) :
67 - 68]
Kisah di atas dirakam oleh Imam Muslim dalam Kitab Sahih Muslim (Hadis no.
1763) dan kemudian dicatat juga oleh Imam Al-Wahidi di dalam Kitab Asbaab
al-Nuzuul yang mengkisahkan tentang sebab turunnya wahyu Allah bagi ayat 8 : 67
- 69.
Fuuuuhhh... Macam mana Nabi tidak panik pada masa itu? Allah telah memberi
teguran keras kepada baginda secara cash bagi peperangan yang pertama dan
yang paling signifikan sekali dalam sejarah Islam!! Allah berkata jika tidak
kerana rahmat dan pengampunanNya, sudah tentu Nabi dan tentera Muslim akan ditimpa azab
seksa yang besar kerana menerima bayaran tebusan itu. Siapa tak panik kalau
kena tegur secara cash oleh Allah begini?
Sebenarnya terdapat 8 tempat di dalam Al-Qur’an di mana Allah telah menegur
Nabi secara langsung kerana baginda telah melakukan beberapa kesilapan yang
tidak disengajakan. Kisah-kisahnya tidak sempat untuk diceritakan sekarang.
Memadai sahajalah untuk saya terangkan bahawa hal ini tidak pelik kerana
Nabi telah menyebut dengan jelas pada dua ayat di dalam Al-Qur’an, iaitu pada
ayat 18:110 dan 41:6 bahawa baginda hanyalah manusia biasa seperti orang lain.
Cuma baginda berbeza dari manusia lain kerana dipilih sebagai utusan Allah
untuk diberi wahyu dengan perintah supaya menyampaikan mesej paling agung
kepada seluruh manusia dan jin bahawa Allah itu Esa, dan jangan sekali-kali mensyirikkanNya.
Konsekuensi bertauhid kepada Allah (iaitu mengakui keEsaan-Nya) adalah amat
besar kerana ia merangkumi pelbagai syarat yang perlu ditaati dan diikuti agar
aqidah akan terpelihara dengan baik.
Maka sebagai manusia biasa, sifat dan keperluan biologi baginda tidak
berbeza dengan manusia lain. Bahkan baginda pun mempunyai emosi dan perasaan yang
sama seperti kita serta tidak terlepas dari masalah-masalah peribadi dalam
urusan rumah tangga dan lain-lain. Oleh kerana ini, tidak patut kita rasa pelik
dan panik jika kita diberitahu bahawa baginda ada juga tersilap langkah ketika membuat
keputusan kadang-kadang.
Kemaksuman Nabi terletak pada sifatnya yang sekali-kali tidak akan tersilap
dalam menyampaikan wahyu Allah kerana baginda sentiasa dipantau oleh Allah. Dan
sekiranya baginda tersilap di mana-mana, Allah akan menegurnya secara langsung
untuk memastikan baginda tidak terkeluar dari landasan yang Allah telah
tetapkan untuk baginda ikuti.
Disebabkan ini, Nabi diperintah oleh Allah untuk selalu adakan mesyuarawah
dan perbincangan dengan para sahabatnya bagi mencapai keputusan dan kata
sepakat dalam bermacam-macam hal dan urusan. Mereka harus beroperasi dan
bertindak sebagai satu pasukan yang mantap sepanjang masa. Dan jika mereka
tersilap, maka Allah akan membetulkannya seperti yang telah berlaku di dalam
kes tawanan perang Badr ini.
Oleh kerana para sahabat memahami keadaan ini dengan jelas, maka mereka akan
bertanya baginda jika buah fikiran yang dilontarkan kepada mereka pada waktu
mereka sedang berbincang adalah hanya pandangan baginda sendiri ataupun wahyu.
Jika ia adalah sekadar pandangan sahaja, maka mereka akan berbahas mengenainya.
Tetapi jika Nabi kata ia adalah wahyu, mereka tidak akan menyoal lebih lanjut.
Mereka akan terus masuk ke dalam mode : “Kami dengar dan kami taat.”
Berbalik kepada kisah tawanan perang Badr yang ingin saya sampaikan di sini.
Kata kunci yang harus dilihat di dalam ayat 8:67 yang Allah turunkan dalam
teguranNya kepada Nabi ialah :
“Tidak sepatutnya bagi seorang Nabi mengambil tawanan-tawanan
perang sebelum ia melumpuhkan musuh-musuhnya di muka bumi ini terlebih dahulu.”
Di sinilah
pengajaran yang ingin saya kaitkan dalam kes Najib yang sedang terungkai di hadapan
mata kita dan mengapa saya sedikit pun tidak rasa kesian kepadanya.
Kemenangan rakyat
menumbangkan berhala yang bernama Umno setelah 60 tahun ia berkuasa sebagai Taghut yang sombong, angkuh dan kurang ajar melakukan apa saja yang mereka suka sewenang-wenangnya
ikut selera nafsu, bukan satu kejayaan kecil. Ia menjadi satu peristiwa dalam
dunia yang benar-benar bersejarah hingga seluruh dunia tergamam melihat
kemenangan ini.
Sekian lama orang
Melayu disesatkan, diperbodohkan dan dikuasai oleh kuasa palsu berhala yang
jahat ini seolah-olahnya kita akan jadi bangsat dan hidup melarat tanpa mereka.
Seolah-olahnya rezeki kita berada dalam tangan mereka dan ditentukan oleh
mereka. Kita tidak henti-henti diberi amaran oleh mereka supaya jangan
sekali-kali ada sesiapa yang berani menentang mereka jika mahu hidup selamat di
negara ini.
Justeru, sama seperti peristiwa di mana kaum Muslimin telah berjaya
mengalahkan kafir Musyrik buat kali pertama dalam sejarah Islam di perang Badr,
begitu jugalah dengan kita dalam konteks sejarah di negara kita sendiri apabila
berjaya mengalahkan kuasa Taghut yang bernama Umno pada 9 Mei lalu setelah
dicengkam oleh kuasa mereka selama 60 tahun.
Satu babak baru kini bermula dalam hidup kita. Kita diberi peluang untuk cuci
dan sapu bersih semua saki baki kekotoran lampau. Institutional reform sedang
diusahakan dan kita boleh melihat sendiri bagaimana kerajaan yang kita baru
pilih ini sedang cuba mengotakan semua janji-janji mereka kepada kita dalam
tempoh 100 hari pertama mereka memerintah.
Kemuncak simbol kejahatan melampau kerajaan Umno yang jelas tanpa bersuluh
lagi ialah pada batang tubuh Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Laki bini ini telah mencuri dan merompak harta milik rakyat dengan
ketamakkan luar biasa yang mungkin mengalahkan Qarun di zaman Fir’aun dan Nabi
Musa dahulu. Dan mereka lakukan kemungkaran dahsyat ini dengan bantuan setiap
seorang dari menteri-menteri kerajaan BN dan semua penyokong-penyokong parti
Umno yang bersungguh-sungguh mahu terus kekalkan pencuri terbesar dalam dunia
ini sebagai Perdana Menteri kita sampai kiamat.
Isssshhhhh.... Bab ini memang saya tak tahan betul. Saya tidak faham dan
tidak akan faham sampai bila-bila bagaimana orang yang diberi akal oleh Allah
sanggup kekalkan perompak dan penyamun sebagai Perdana Menteri kita walaupun
segala tanda-tanda bukti yang mengesahkan jenayah Najib dan bini dia itu sangat
terang dan jelas terpampang di hadapan mata semua orang yang celik dan waras.
Disebabkan ini, kita mesti beri isyarat yang sangat-sangat jelas kepada sesiapa
yang masih buta dan degil untuk tetap menyembah berhala yang nama Umno ini.
Kita perlu mencontohi sikap dan pendirian tegas yang diambil oleh Umar
al-Khattab seperti yang diiktiraf oleh Allah dalam kes tawanan perang Badr : Jangan
bagi mereka peluang. Pancung kepala mereka semua!!
Cari semua pengkhianat-pengkhianat yang terlibat dalam semua kes salahlaku
mencuri harta rakyat sehingga ke lubang cacing. Siasat segala salahlaku mereka
dan sumbat mereka semua ke dalam penjara jika sabit kesalahan-kesalahan mereka.
Pegang kemas-kemas
ayat ini :
“Tidak sepatutnya bagi seorang Nabi mengambil tawanan-tawanan
perang sebelum ia melumpuhkan musuh-musuhnya di muka bumi ini terlebih dahulu.”
Jangan rasa kesian
dan bagi peluang kepada mereka. Lumpuhkan mereka terus dan jangan ambil seorang
tawanan pun dari kalangan mereka.
Dalam konteks ini,
bukan sahaja semua menteri yang terlibat dalam salahlaku mencuri dan pecah
amanah mesti disumbat ke dalam penjara. Bahkan parti Umno yang telah langgar
perlembagaannya sendiri kerana tidak melakukan mesyuarat agung parti dalam
tempoh yang ditetapkan itu pun patut diharamkan terus. Biar berhala yang nama
Umno ini terus lenyap dari mukabumi ini dengan tercabut akar-akarnya sekali.
Padan muka mereka
semua kerana kehinaan yang bakal menimpa mereka ini ialah akibat dari perbuatan tangan-tangan
mereka sendiri. Kalaulah mereka melaksanakan tanggung-jawab dan amanah mereka
dengan betul dan jujur kepada rakyat sebelum ini, takkan berlaku malapetaka ini
kepada mereka sendiri. Tidak ada sebab kenapa kita perlu hukum mereka.
Jadi sekarang,
mereka mesti membayar harga bagi segala kejahatan dan kemungkaran mereka,
terutamanya kerana menyokong dan berdiri
teguh di belakang penyamun terbesar sekali di dunia yang telah menzalimi rakyat
sekalian.
Biar cicak-cicak mengkarung lain (iaitu golongan yang masih bersimpati
dengan Umno) semua tahu yang kita tidak boleh dan tidak akan bertolak-ansur
dengan segala kejahatan pemimpin-pemimpin mereka.
Jadikan ini satu tauladan besar kepada semua rakyat dan untuk generasi akan
datang bahawa rasuah, korupsi, pencurian, perompakan, dan ketirisan dalam
pengurusan khazanah negara tidak mempunyai tempat dalam budaya masyarakat baru
yang ingin kita bentuk bersama untuk bergerak ke hadapan.
Malah saya berfikir.. Oleh kerana mereka suka sangat kepada negara China
Merah yang mahu dilelong seluruh negara kita kepadanya, patut diambil dan
digunakan saja undang-undang negara China Merah itu dalam cara bagaimana ia
menghukum pegawai-pegawai kerajaannya yang terlibat dengan rasuah. Kena hukum
tembak sampai mati saja!
Saya tidak berdendam. Umar al-Khattab pun tidak berdendam kepada
tawanan-tawanan perang Badr dulu. Saya hanya mahu kita ambil iktibar jelas dari
kisah besar yang Allah sampaikan kepada kita di dalam kitab suciNya. Jika tidak,
masyarakat kita tidak akan pelajari apa-apa langsung.
Jika kita lihat sekarang, puak-puak yang tewas ini sedang cuba untuk
menyusun langkah semula dalam usaha hendak jadi pihak pembangkang kerajaan yang
berkesan konon. Masalahnya ialah mereka tetap tidak rasa bersalah dan menyesal
kerana kuat mencuri dan makan rasuah selama ini.
Mereka masih tidak rasa bahawa Najib dan bini dia bersalah kerana mencuri
khazanah rakyat, dan tidak rasa berdosa kerana menyokong pencuri itu untuk
kekal sebagai Perdana Menteri. Sebab inilah kita kena lenyapkan Umno terus dan
pancung kepala ketua-ketua mereka semua.
Allah ceritakan kisah perang Badr ini kepada kita bukan untuk dijadikan sebagai
sebuah cerita dongeng atau sekadar untuk dibaca dengan dengung Idgham dan
segala hukum tajwid yang jelas, tetapi pengajarannya yang sebenar diabaikan.
Masyarakat harus dididik untuk benci kepada salahlaku kepada rasuah dan
pecah amanah. Allah dan RasulNya benci kepada kemungkaran ini. Macam mana orang
yang mengucap syahadah dan solat tidak rasa jijik kepadanya pulak? Tidakkah
bengong namanya ini?
Oleh itu, jangan kasihankan Najib, Rosmah serta semua menteri-menteri Umno yang
sama-sama mencuri dan kurang ajar itu, termasuk juga sesiapa saja yang masih
tidak sedar diri dan buta kepada segala kejahatan-kejahatan dan dosa yang
mereka telah lakukan kepada rakyat. Masyarakat dan negara kita perlu bebas dari
budaya rasuah yang dibenci dan ditentang oleh Islam. Dan di sinilah detik permulaannya.
Nabi tiada lagi bersama kita pada hari ini dan wahyu tidak akan turun lagi untuk
bimbing kita buat keputusan samada ia betul atau tidak, dan bantu perbetulkannya
dengan segera kalau kita tersilap. Yang kita ada pada hari ini ialah kata-kata
suci Allah yang dibukukan di dalam Al-Qur’an dan sunnah-sunnah RasulNya serta athar para sahabatnya yang dibukukan dalam
kitab-kitab hadis untuk kita jadikan panduan hidup. Apa yang kita harapkan
ialah kalau kita tersilap langkah, janganlah sampai Allah tegur kita secara cash dengan cara lain yang akan buat kita menyesal tidak sudah di belakang
hari nanti.
Oleh itu, humbankan pengkianat-pengkhianat negara ke dalam penjara dan tamatkan
riwayat Umno once and for all. Buang perasaan sentimental itu jauh-jauh.
Semoga Allah memberi kita semua kefahaman yang jelas di bulan Ramadan
yang mulia dan penuh keberkatan ini agar terbuka hati dan minda kita untuk mengambil
iktibar dari tauladan kisah peperangan Badr yang telah berlaku di bulan Ramadan
1,437 tahun lalu.
Allahumma aamiin...
Comments
Post a Comment