Posts

Persamaan sebahagian besar umat Islam dengan penganut agama Kristian

Masalah para penganut agama Nasrani atau Kristian ialah mereka tidak mengambil asas kefahaman ajaran agama dari Nabi Isa. Sebaliknya, mereka beri keutamaan dan mengambil agama dari para wali dan paderi2 yang percaya kepada ajaran para wali ini lebih dari ajaran asal yang dibawa oleh Nabi Isa. Saint atau tulisan ringkasnya “St.” bermaksud wali atau orang suci. Hampir semua orang Nasrani atau Kristian tahu bahawa agama yang mereka anuti sejak dari dulu hingga ke hari ini ialah sebenarnya hasil ciptaan Saint Paul yang telah memutar-belit ajaran asal Nabi Isa. Ini bukan satu rahsia. Ia satu fakta yang diketahui umum sejak zaman berzaman. Hakikatnya ialah Nabi Isa tidak pernah mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Beliau juga tidak pernah kata bahawa ada 3 Tuhan dalam Satu dan menamakan ini sebagai Doktrin Triniti. Selanjutnya, Nabi Isa tidak pernah ajar bahawa semua manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa akibat mewarisi dosa Nabi Adam yang dikeluarkan dari syurga kerana menentang perintah ...

Penghina Agama

Image
Apabila gambar ini dikaitkan dengan konteks semasa, ia membayangkan seolah-olahnya rasuah adalah sinonim dengan Islam, atau rasuah tidak dapat dipisahkan dari Islam kerana sosok tubuh yang di dalam gambar tersebut diketahui umum adalah seorang yang kuat makan rasuah. Pada ketika ini, dia sedang dibicarakan di mahkamah atas kesalahan menerima rasuah berkaitan projek sistem Visa Luar Negara (VLN) ketika dia adalah Menteri di Kementerian Dalam Negeri dari tahun 2014 hingga 2018. Segala butiran terperinci mengenai aktiviti rasuah berkaitan projek ini sedang dilondehkan untuk tatapan umum.   Tanpa rasa kesal dan insaf, dia sedang mempertahankan dirinya di mahkamah bahawa perbuatannya mengambil suapan dari towkey Cina tidak salah dari sisi undang2 dan agama. Padahal duit suapan yang dia terima itu kepunyaan rakyat. Yang menjengkelkan ialah kontrak lumayan diberi kepada orang Cina yang pada umumnya dimaki hamun olehnya di khalayak ramai bersama badut2 lain dari partinya sebagai musuh...

The Christchurch massacre : Whither the Ummah?

The horrific Christchurch massacre in the 2 mosques which took place on Friday - March 15 th 2019, that killed 50 people and injured 50 others can never be justified by whatever lens we see it from. May Allah accept these victims as martyrs, spare them from the trials of the grave and grant them a swift entrance into Paradise. And may Allah also give strength to their families to endure this immeasurable pain and loss with great patience. The reason the shooter gave for his evil action is he was fed-up with the increasing migration of Muslims to the land of the whites that he sees as causing a serious imbalance to the culture and livelihood of the host countries. He wants this to be stopped and believes that they should also be punished for the distress that they have caused to the white people. Plain and simple. We can’t get a more straight-forward admission than this. In all honesty, I think it is naïve for Muslims all over the world to expect the whites in Europe, Nor...

Ramadan Mubarak 2018 (Siri ke-7) : Tafsir ringkas bagi ayat 175 - 178 dari surah Al-A’raaf

Berikut adalah mafhum bagi ayat 175 - 178 dari surah Al-A’raaf (7) untuk renungan kita hari ini : “Dan bacakanlah kepada mereka wahai Muhammad, suatu berita tentang oran yang telah Kami berikan kepadanya kefahaman dan peringatan yang mendalam mengenai ayat-ayat dan tanda-tanda keagungan Kami. Tetapi dia telah berpaling dari peringatan-peringatan tersebut. Lalu dia diikuti oleh syaitan yang sentiasa berusaha untuk menggodanya. Maka jadilah dia akhirnya dari kalangan orang-orang yang sesat. Dan jika Kami kehendaki, Kami boleh tingkatkan darjatnya disebabkan oleh kefahamannya yang mendalam dan keimanannya yang tinggi terhadap peringatan-peringatan yang telah Kami beri kepadanya. Tetapi dia lebih cenderung kepada dunia dan telah memilih untuk menurut hawa nafsunya yang rendah. Perumpamaan baginya ialah seperti seekor anjing yang mengharapkan sesuatu. Jika kamu menghalaunya, dia akan lari dalam keadaan menghulurkan lidahnya kerana hampa. Dan jika kamu membiarkannya sah...

Ramadan Mubarak 2018 (Siri ke-6) : Amaran keras dari Allah dan RasulNya supaya jangan cenderung kepada orang zalim yang akan muflis di akhirat nanti.

Berpandukan kepada hadis berikut, sesiapa yang memakan harta orang lain secara batil termasuk dalam senarai takrif sebagai orang zalim. Dia akan muflis di akhirat kelak dan tempat kembalinya sangat pedih. Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi (saw) telah bersabda: “Tahukah kamu sekalian siapakah yang disebut sebagai orang yang muflis?” Para sahabat menjawab : “Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta harta benda.” Baginda menjawab : “Tidak! Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat kelak dengan pahala solat, puasa dan zakat. Namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang, menuduh orang (dengan berbagai-bagai dusta), memakan harta orang,  menumpahkan darah sesama manusia dan memukul orang (serta berbagai-bagai lagi bentuk penganiayaan ke atas orang lain). Maka akan diberikan kepada pihak yang teraniaya itu sebahagian daripada pahala-pahala keba...

Ramadan Mubarak 2018 (Siri ke-5) : Kisah tawanan perang Badr dan kaitannya dengan kes mencuri, rasuah dan salahguna kuasa berskala mega oleh Najib Razak.

Ketika sedang tunggu untuk masuk waktu solat subuh selepas kami sekeluarga bersahur semalam, anak saya beri komen tentang gambar Najib Razak di Instagram yang diambil bersama-sama dengan ibunya Toh Puan Rahah selepas mereka mengerjakan solat terawih. Berikut komen anak saya : “Kesian pulak kat si Najib bila tengok gambar dia dengan mak dia macam ni.” Dengan segera saya menjawab : “Issshhhh... Jangan kesian sikit pun pada dia. That’s the whole idea why he is posting his pictures in the social media. This bloody thief wants our sympathy and is asking us to feel sorry for him. He can pray all he wants and beg for forgiveness from Allah. That is his right. But don’t expect for any forgiveness or sympathy from me. I am not the least bit sorry for him.” Macam tidak ada hati perut sahaja statement saya kan? Macam mana orang yang kononnya faham Al-Qur’an boleh bersikap begini? Oleh kerana saya rasa saya faham Al-Qur’an lah saya bersikap begini. Saya mengambil tauladan dari sikap U...

Ramadan Mubarak 2018 : Siri ke-4

Sudah beberapa rencana saya tulis sejak sebulan yang lalu. Tetapi selepas tidak sengaja melepaskan 3 scud missiles  yang membawa tajuk Ramadan Mubarak untuk Umno, untuk Pas dan satu surat terbuka kepada Ustaz Fathul Bari  secara tiba-tiba semalam tanpa merancangnya lebih awal, saya rasa seperti ingin sambung menulis lagi pada pagi ini. Saya terfikir mungkin saya boleh jadikan sebuah journal istimewa sempena bulan Ramadan supaya kita boleh bersama-sama muhasabah dan ambil pengajaran dari drama yg sedang terungkai di hadapan mata mengenai nasib malang yang sedang menimpa Najib dan Umno yang dijangka akan terus berlaku di sepanjang bulan mulia yang penuh dengan keberkatan ini. Saya bercadang untuk namakan rencana-rencana ini "Ramadan Mubarak 2018 : Siri X"  di mana X akan menjadi nombor siri secara turutan bagi setiap rencana yang saya hasilkan. Sebelum saya teruskan, mungkin penting bagi para pembaca tahu serba sedikit tentang diri saya terlebih dahulu. Say...