Penghina Agama


Apabila gambar ini dikaitkan dengan konteks semasa, ia membayangkan seolah-olahnya rasuah adalah sinonim dengan Islam, atau rasuah tidak dapat dipisahkan dari Islam kerana sosok tubuh yang di dalam gambar tersebut diketahui umum adalah seorang yang kuat makan rasuah.

Pada ketika ini, dia sedang dibicarakan di mahkamah atas kesalahan menerima rasuah berkaitan projek sistem Visa Luar Negara (VLN) ketika dia adalah Menteri di Kementerian Dalam Negeri dari tahun 2014 hingga 2018. Segala butiran terperinci mengenai aktiviti rasuah berkaitan projek ini sedang dilondehkan untuk tatapan umum.  

Tanpa rasa kesal dan insaf, dia sedang mempertahankan dirinya di mahkamah bahawa perbuatannya mengambil suapan dari towkey Cina tidak salah dari sisi undang2 dan agama. Padahal duit suapan yang dia terima itu kepunyaan rakyat.

Yang menjengkelkan ialah kontrak lumayan diberi kepada orang Cina yang pada umumnya dimaki hamun olehnya di khalayak ramai bersama badut2 lain dari partinya sebagai musuh orang Melayu. Tetapi pada masa yang sama, dia ambil rasuah suapan dari mereka dari belakang. Untung yang diperolehi dari syarikat towkey Cina ini bukan kepalang lumayan hingga boleh beri balik berpuluh puluh juta ringgit kepada si penghina agama ini.

Jika tiada amalan rasuah,  berpuluh-puluh juta wang rakyat ini, bahkan mungkin beratus juta  ringgit dapat dijimatkan untuk disalur kepada projek2 yang memberi menafaat kepada pembangunan, kebajikan dan keselesaan hidup rakyat.

Tetapi oleh kerana dia tidak rasa berdosa mengambil dan memakan rasuah, maka berpuluh-puluh juta ringgit disakau supaya mengalir masuk ke poketnya dan sebahagian darinya diagih-agihkan kepada kroni2 nya dalam parti. Semuanya atas nama derma politik padahal ia datang dari duit kepunyaan rakyat. Anehnya, rakyat berbangsa Melayu yang sedang diperbodohkan tidak merasakan bahawa perbuatan ini sebagai satu dosa besar yang dibenci oleh Allah walaupun mereka mengaku beriman kepada Allah di bibir.

Semoga Allah mengazab mereka yang terlibat dengan amalan rasuah hingga rakyat jadi miskin dan negara jadi rosak dengan azab yang pedih jika mereka tidak menyesal atas dosa mereka, tidak bertaubat atas perbuatan jahat mereka dan tidak menebus dosa mereka dengan memulangkan kembali hak rakyat yang mereka ambil dengan cara batil.

Comments

Popular posts from this blog

Ramadan Mubarak 2018 (Siri ke-6) : Amaran keras dari Allah dan RasulNya supaya jangan cenderung kepada orang zalim yang akan muflis di akhirat nanti.

Persamaan sebahagian besar umat Islam dengan penganut agama Kristian