Posts

Showing posts from May, 2022

Persamaan sebahagian besar umat Islam dengan penganut agama Kristian

Masalah para penganut agama Nasrani atau Kristian ialah mereka tidak mengambil asas kefahaman ajaran agama dari Nabi Isa. Sebaliknya, mereka beri keutamaan dan mengambil agama dari para wali dan paderi2 yang percaya kepada ajaran para wali ini lebih dari ajaran asal yang dibawa oleh Nabi Isa. Saint atau tulisan ringkasnya “St.” bermaksud wali atau orang suci. Hampir semua orang Nasrani atau Kristian tahu bahawa agama yang mereka anuti sejak dari dulu hingga ke hari ini ialah sebenarnya hasil ciptaan Saint Paul yang telah memutar-belit ajaran asal Nabi Isa. Ini bukan satu rahsia. Ia satu fakta yang diketahui umum sejak zaman berzaman. Hakikatnya ialah Nabi Isa tidak pernah mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Beliau juga tidak pernah kata bahawa ada 3 Tuhan dalam Satu dan menamakan ini sebagai Doktrin Triniti. Selanjutnya, Nabi Isa tidak pernah ajar bahawa semua manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa akibat mewarisi dosa Nabi Adam yang dikeluarkan dari syurga kerana menentang perintah ...

Penghina Agama

Image
Apabila gambar ini dikaitkan dengan konteks semasa, ia membayangkan seolah-olahnya rasuah adalah sinonim dengan Islam, atau rasuah tidak dapat dipisahkan dari Islam kerana sosok tubuh yang di dalam gambar tersebut diketahui umum adalah seorang yang kuat makan rasuah. Pada ketika ini, dia sedang dibicarakan di mahkamah atas kesalahan menerima rasuah berkaitan projek sistem Visa Luar Negara (VLN) ketika dia adalah Menteri di Kementerian Dalam Negeri dari tahun 2014 hingga 2018. Segala butiran terperinci mengenai aktiviti rasuah berkaitan projek ini sedang dilondehkan untuk tatapan umum.   Tanpa rasa kesal dan insaf, dia sedang mempertahankan dirinya di mahkamah bahawa perbuatannya mengambil suapan dari towkey Cina tidak salah dari sisi undang2 dan agama. Padahal duit suapan yang dia terima itu kepunyaan rakyat. Yang menjengkelkan ialah kontrak lumayan diberi kepada orang Cina yang pada umumnya dimaki hamun olehnya di khalayak ramai bersama badut2 lain dari partinya sebagai musuh...