Posts

Showing posts from May, 2018

Ramadan Mubarak 2018 (Siri ke-7) : Tafsir ringkas bagi ayat 175 - 178 dari surah Al-A’raaf

Berikut adalah mafhum bagi ayat 175 - 178 dari surah Al-A’raaf (7) untuk renungan kita hari ini : “Dan bacakanlah kepada mereka wahai Muhammad, suatu berita tentang oran yang telah Kami berikan kepadanya kefahaman dan peringatan yang mendalam mengenai ayat-ayat dan tanda-tanda keagungan Kami. Tetapi dia telah berpaling dari peringatan-peringatan tersebut. Lalu dia diikuti oleh syaitan yang sentiasa berusaha untuk menggodanya. Maka jadilah dia akhirnya dari kalangan orang-orang yang sesat. Dan jika Kami kehendaki, Kami boleh tingkatkan darjatnya disebabkan oleh kefahamannya yang mendalam dan keimanannya yang tinggi terhadap peringatan-peringatan yang telah Kami beri kepadanya. Tetapi dia lebih cenderung kepada dunia dan telah memilih untuk menurut hawa nafsunya yang rendah. Perumpamaan baginya ialah seperti seekor anjing yang mengharapkan sesuatu. Jika kamu menghalaunya, dia akan lari dalam keadaan menghulurkan lidahnya kerana hampa. Dan jika kamu membiarkannya sah...

Ramadan Mubarak 2018 (Siri ke-6) : Amaran keras dari Allah dan RasulNya supaya jangan cenderung kepada orang zalim yang akan muflis di akhirat nanti.

Berpandukan kepada hadis berikut, sesiapa yang memakan harta orang lain secara batil termasuk dalam senarai takrif sebagai orang zalim. Dia akan muflis di akhirat kelak dan tempat kembalinya sangat pedih. Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi (saw) telah bersabda: “Tahukah kamu sekalian siapakah yang disebut sebagai orang yang muflis?” Para sahabat menjawab : “Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta harta benda.” Baginda menjawab : “Tidak! Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat kelak dengan pahala solat, puasa dan zakat. Namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang, menuduh orang (dengan berbagai-bagai dusta), memakan harta orang,  menumpahkan darah sesama manusia dan memukul orang (serta berbagai-bagai lagi bentuk penganiayaan ke atas orang lain). Maka akan diberikan kepada pihak yang teraniaya itu sebahagian daripada pahala-pahala keba...

Ramadan Mubarak 2018 (Siri ke-5) : Kisah tawanan perang Badr dan kaitannya dengan kes mencuri, rasuah dan salahguna kuasa berskala mega oleh Najib Razak.

Ketika sedang tunggu untuk masuk waktu solat subuh selepas kami sekeluarga bersahur semalam, anak saya beri komen tentang gambar Najib Razak di Instagram yang diambil bersama-sama dengan ibunya Toh Puan Rahah selepas mereka mengerjakan solat terawih. Berikut komen anak saya : “Kesian pulak kat si Najib bila tengok gambar dia dengan mak dia macam ni.” Dengan segera saya menjawab : “Issshhhh... Jangan kesian sikit pun pada dia. That’s the whole idea why he is posting his pictures in the social media. This bloody thief wants our sympathy and is asking us to feel sorry for him. He can pray all he wants and beg for forgiveness from Allah. That is his right. But don’t expect for any forgiveness or sympathy from me. I am not the least bit sorry for him.” Macam tidak ada hati perut sahaja statement saya kan? Macam mana orang yang kononnya faham Al-Qur’an boleh bersikap begini? Oleh kerana saya rasa saya faham Al-Qur’an lah saya bersikap begini. Saya mengambil tauladan dari sikap U...

Ramadan Mubarak 2018 : Siri ke-4

Sudah beberapa rencana saya tulis sejak sebulan yang lalu. Tetapi selepas tidak sengaja melepaskan 3 scud missiles  yang membawa tajuk Ramadan Mubarak untuk Umno, untuk Pas dan satu surat terbuka kepada Ustaz Fathul Bari  secara tiba-tiba semalam tanpa merancangnya lebih awal, saya rasa seperti ingin sambung menulis lagi pada pagi ini. Saya terfikir mungkin saya boleh jadikan sebuah journal istimewa sempena bulan Ramadan supaya kita boleh bersama-sama muhasabah dan ambil pengajaran dari drama yg sedang terungkai di hadapan mata mengenai nasib malang yang sedang menimpa Najib dan Umno yang dijangka akan terus berlaku di sepanjang bulan mulia yang penuh dengan keberkatan ini. Saya bercadang untuk namakan rencana-rencana ini "Ramadan Mubarak 2018 : Siri X"  di mana X akan menjadi nombor siri secara turutan bagi setiap rencana yang saya hasilkan. Sebelum saya teruskan, mungkin penting bagi para pembaca tahu serba sedikit tentang diri saya terlebih dahulu. Say...

Ucapan Ramadan Mubarak (Semoga kamu perolehi keberkatan bulan Ramadan) kepada Ustaz Fathul Bari.

Assalamu'alaikum Ustaz Fathul Bari..  Nama saya Manan Razali dan saya ingin ucap terima kasih pada Ustaz kerana menyuarakan peringatan ini kepada Tun Dr. Mahathir. Tetapi saya rasa Ustaz tidak perlu bimbang atau cemas mengenai hal ini. Saya percaya sahabat-sahabat kita seperti Dr. Asri, Dr Maszlee, Ustaz Nik Omar dan beberapa lagi tokoh agama yang berfikiran progresif (bukan liberal) akan diberi peranan oleh Tun Dr. Mahathir untuk membantunya dalam urusan ini.  Tetapi ada hal lain yang saya ingin sampaikan kepada Ustaz melalui tulisan ini. Saya terdorong menulis surat ini apabila melihat nama Ustaz dalam lapuran Free Malaysia Today tadi dan terus terang saya nyatakan bahawa saya rasa allergic setiap kali apabila ternampak nama Ustaz di mana-mana sahaja sejak Ustaz masuk Umno dulu.  http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/17/jangan-liberal-agama-bekas-pegawai-khas-najib-ingatkan-dr-mahathir/ Maka saya ambil peluang ini untuk menyuarakan apa yang ...

Ucapan Ramadan Mubarak (Semoga kamu perolehi keberkatan bulan Ramadan) kepada Pas.

Ramadan Mubarak kepada Hadi Awang, pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong Pas sekalian!  Perutusan di awal bulan Ramadan yang mulia ini saya tujukan khususnya kepada kamu sekalian dengan satu teguran penting.  Ketika kamu sedang melangkah masuk pada hari pertama di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini, bermuhasabahlah terhadap pendirian kamu yang selama ini telah menyalahi ajaran Islam dan membawa imej yang buruk kepada agama suci ini. Ketika berita sensasi mengenai sebahagian dari wang 1MDB sebanyak RM2.6 billion masuk ke akaun peribadi Najib seperti yang dilapurkan oleh akhbar Wall Street Journal buat pertama kalinya pada Julai 2015, Almarhum Dr. Haron Din dan Hadi Awang tanpa lengah telah mempertahankann Najib dari tuduhan-tuduhan salah-laku mencuri, rasuah dan pecah amanah.  Tolong jangan buat-buat tak tahu dan nak cuba kelentong dalam hal ini. Berlambak-lambak bukti tentang ini boleh didapati dari internet dan Youtube. Kesemua pimpinan Pas pun membisu...

Ucapan Ramadan Mubarak (Semoga kamu perolehi keberkatan bulan Ramadan) kepada Umno.

Ramadan Mubarak wahai ahli-ahli dan penyokong-penyokong Umno sekalian! Perutusan di awal bulan Ramadan yang mulia ini saya tujukan khususnya kepada kamu sekalian dengan satu nasihat penting. Ketika kamu sedang melangkah masuk pada hari pertama di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini, bermuhasabahlah terhadap pendirian kamu yang selama ini telah menyalahi Islam. Adakah ada di kalangan kamu yang masih percaya dengan penuh keyakinan bahawa Najib Razak bukan seorang pencuri dan penipu berskala mega hanya kerana dia masih belum ditangkap polis dan belum didakwa di mahkamah secara rasmi lagi pada saat-saat dia yang sedang “nazak” sekarang? Sepanjang tempoh 3 tahun sejak berita sensasi mengenai sebahagian dari wang 1MDB sebanyak RM2.6 billion masuk ke akaun peribadi Najib seperti yang dilapurkan oleh akhbar Wall Street Journal buat pertama kalinya pada Julai 2015, dan seterusnya apabila seluruh dunia tidak henti-henti disajikan dengan berbagai-bagai kisah dan bukti mengenai berbe...