Ramadan Mubarak 2018 : Siri ke-4

Sudah beberapa rencana saya tulis sejak sebulan yang lalu. Tetapi selepas tidak sengaja melepaskan 3 scud missiles yang membawa tajuk Ramadan Mubarak untuk Umno, untuk Pas dan satu surat terbuka kepada Ustaz Fathul Bari secara tiba-tiba semalam tanpa merancangnya lebih awal, saya rasa seperti ingin sambung menulis lagi pada pagi ini.

Saya terfikir mungkin saya boleh jadikan sebuah journal istimewa sempena bulan Ramadan supaya kita boleh bersama-sama muhasabah dan ambil pengajaran dari drama yg sedang terungkai di hadapan mata mengenai nasib malang yang sedang menimpa Najib dan Umno yang dijangka akan terus berlaku di sepanjang bulan mulia yang penuh dengan keberkatan ini.

Saya bercadang untuk namakan rencana-rencana ini "Ramadan Mubarak 2018 : Siri X" di mana X akan menjadi nombor siri secara turutan bagi setiap rencana yang saya hasilkan.

Sebelum saya teruskan, mungkin penting bagi para pembaca tahu serba sedikit tentang diri saya terlebih dahulu.

Saya seorang Melayu Muslim berumur 55 tahun yang cinta kepada Islam dan serius mengenai agama suci ini. Saya berusaha dengan cara sendiri untuk menyampaikan apa yang saya faham mengenai Islam agar ia dapat dikongsi bersama oleh seramai mungkin orang di luar sana, baik yang Muslim dan juga yang non-Muslim. Saya tidak bangga dilahirkan sebagai seorang Muslim. Yes I am truly grateful to Allah for being born a Muslim. But I am not proud of it..

Islam bagi saya mestilah menjadi agama pilihan kita secara sedar (a concious decision) disebabkan kebenaran dan kehebatannya yang terbukti. Bukannya suatu agama yang kita anuti secara default hanya kerana ibubapa kita Muslim. Motto saya ialah : We should be Muslims by choice, not by default.

Menulis bukan hobi utama saya. Hobi saya ialah mengayuh basikal hehe.. Saya hanya menulis apabila saya rasa terangsang mengenai sesuatu isu yang pada penilaian saya memberi gambaran dan kefahaman yang salah tentang Islam sehingga membuat bangsa Melayu kita secara khususnya, jadi bengap dan gagal memainkan peranan betul dan berkesan untuk memenuhi tujuan penciptaan manusia sebagai khalifah, duta atau wakil Allah untuk mentadbir bumi ini dengan berjaya.

Setiap orang Muslim sepatutnya menjadi agen Allah sebagai pembawa dan penyebar rahmatNya bagi seluruh alam yang mencakupi semua mahkluk dan ciptaanNya. Skop ini terlalu luas dan sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk berbincang mengenainya.

Kemuncak usaha saya ialah apabila diberi peluang dan keizinan oleh Allah tanpa saya rancang  walau sedikit pun sebelumnya untuk menafsir dan menterjemah seluruh Al-Qur’an ke dalam Bahasa Inggeris. Masyaa Allah.. laa quwwata illaa billah. (Segala-galanya berlaku atas kehendak Allah..Tiada kuasa melainkan hanya milik Allah sepenuhnya jua).

Usaha ini telah memakan masa selama 4 ½ tahun dari tahun 2009 - 2012 dan Jakim telah mengambil masa lebih kurang 2 ½ tahun untuk menelitinya sebelum memberi kelulusan. Hasil terjemahan Qur’an tersebut saya namakan : “The Noble Qur’an : A Contemporary Translation.”

Saya hampir putus asa kerana merasakan bahawa saya tidak akan mendapat kelulusan ini sampai bila-bila. Tetapi dengan izin Allah, kelulusan ini akhirnya diperolehi selepas beberapa siri dialog antara pegawai-pegawai Jakim dan saya sepanjang tempoh 2 ½ tahun tersebut.

Perkataan Contemporary yang saya gunakan bagi terjemahan ini membawa maksud gaya penafsiran yang  saya lakukan dalam bahasa Inggeris moden yang ringkas melalui kaedah penafsiran “Al-Qur’an bil Qur’an”.

Kaedah ini kurang (bukan  tiada langsung ya..) menyandarkan penafsiran kandungan Al-Qur’an kepada hadis-hadis sahih baginda Rasulullah (saw) dan athar  (yakni perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan) para sahabat baginda yang kita kasihi kesemuanya.

Tafsiran kaedah “Al-Qur’an bil Qur’an” menggunakan ayat-ayat Qur’an sendiri dan sirah hidup Nabi dan para sahabatnya sebagai sandaran utama untuk menafsirkan maksud ayat-ayat itu sendiri.

Usaha ini amat sukar. Ini kerana fokus yang amat teliti dan mendalam perlu diberi dengan cermat bagi memastikan agar setiap ayat di dalam Al-Qur’an saling mengukuh antara satu sama lain tanpa banyak bergantung kepada sumber-sumber luar seperti hadis dan athar untuk membantu mencapai maksud ayat-ayat tersebut.

Hadis dan athar hanya digunakan bagi tujuan mengukuhkan lagi maksud tafsiran yang diyakini kebenarannya. Ini kerana hadis dan athar tidak sekali-kali boleh mengatasi keunggulan Al-Qur’an itu sendiri. They are being used only to complement the Qur’an, but never to supercede.

Ramai mufassirin (yakni para ulama yang menafsir Al-Qur’an) tersohor yang lampau dan semasa telah menggunakan kaedah ini. Namun rujukan mereka tidak popular di negara kita kerana ramai para agamawan di sini lebih cenderung kepada tafsiran-tafsiran klasikal.  
Maka jangan terkejut dan pelik jika kita melihat terdapat beberapa perbezaan dan pertembungan yang besar antara kedua-dua schools of thoughts ini mengenai kefahaman kandungan Al-Qur’an dalam beberapa aspek penting.

Berdasarkan  kefahaman saya terhadap kandungan maksud Al-Qur’an  dan sunnah Rasulullah (saw) melalui kaedah yang saya gunakan, saya jadi amat peka dan sensitif kepada apa-apa kenyataan atau insiden yang pada hemat saya membuat umat Islam secara umumnya dan bangsa Melayu secara khususnya menjadi lemah, bodoh dan jumud.

Bagi saya, ini berlaku kerana kegagalan masyarakat memahami kandungan Al-Qur’an yang sepatutnya membuat kita menjadi umat yang progresif dan berjaya di dunia ini kerana tanpa menjiwai kefahaman ini, mustahil kita akan dapat memenuhi tujuan dan maksud penciptaan manusia sebagai khalifah Allah di atas mukabumi ini.

Sehubungan ini, majoriti dari kita membaca Al-Qur’an dengan memberi penekanan yang lebih terhadap sebutan tajwidnya dan juga kerana ingin mendapatkan kepuasan rasa kerohanian (spiritual fulfillment) sahaja dalam keadaan maksudnya tidak difahami. Amat sedikit dari kita mampu menjadikan Al-Qur’an sebagai sumber inpirasi dan motivasi untuk mendapatkan intellectual satisfaction and fulfillment.

Justeru, kita gagal menggunakan Al-Qur’an sebagai pemangkin bagi melonjakkan diri ke hadapan untuk menjadi khalifah Allah yang mampu menguasai ilmuNya dalam bidang sains, teknologi, pentadbiran yang cekap dan efisien, dan segala ilmu duniawi lain yang diperlukan untuk memakmurkan mukabumi ini bagi kesejahteraan sekalian makhluk Allah.

Maka disebabkan ini, potensi sebenar Al-Qur’an gagal diterjemahkan dalam aspek kehidupan seharian yang sepatutnya menjadikan kita sebagai the best agents of Allah who can bring the best out of this world for all mankind.

Kefahaman maksud amal soleh bagi bekalan akhirat yang telah dipasak ke dalam kepala dan dada kita sejak kecil begitu tersasar dari maksud Al-Qur’an dan Sunnah RasulNya yang sebenar. Kita “kekok” mengurus diri kita dalam bab keduniaan. Bila malas kita salahkan takdir. Dan bila berjaya pula, potensi kita untuk mengalahkan ketamakkan Yahudi terserlah.

Maka tidak hairanlah kalau para pembaca akan melihat how I unleash my wrath and utter disgust terhadap orang-orang atau kumpulan-kumpulan yang pada penilaian saya sedang merosakkan Islam dan imej keindahannya untuk kepentingan diri dan politik mereka.

 I figured that if I dont blast them, then nobody will. And the rakyat will never understand how they have been bluffed and hoodwinked into believing something that is unislamic as the gospel truth.

Inilah secara ringkas mindset saya yang saya fikir para pembaca perlu tahu kerana tulisan-tulisan saya sangat passionate dan sinis. Kadang-kadang ia menzahirkan rasa “marah” saya yang tidak terhingga kepada apa yang saya lihat sebagai kemungkaran yang menghalang masyarakat dari maju ke hadapan menjadi umat contoh atau mithali kepada kaum lain.

Saya pantang bila mendengar orang berkata bahawa Islam adalah penyelesaian kepada segala masalah tetapi pada masa yang sama, orang yang mengungkapkan kata-kata begini tidak mencari dan memberi jalan keluar yang pragmatik. Main sedap mulut dia bercakap saja. Lebih menyakitkan hati lagi ialah apabila orang yang berkata begini is either the source or part of the problem, instead of the solution.

Seperti yang saya nyatakan di awal rencana ini tadi, drama 1MDB yang melibatkan Najib Razak dan Umno mempunyai banyak pengajaran untuk kita ambil iktibar. Pengajaran-pengajaran dari episod-episod yang telah dan sedang berlaku di hadapan mata kita sejak Julai 2015 apabila berita tentang wang sebanyak RM2.6 billion masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak mula-mula meletup setelah disiarkan oleh Wall Street Journal (WSJ) dulu, bagaikan telah dikisahkan dengan sangat jelas di dalam Al-Qur’an. Hal ini membuat saya rasa seram sejuk dan  menjadi tidak keruan kadang-kadang.

Sahabat-sahabat sekolah menengah saya ketika di Victoria Institution dulu (Class of 1980) di dalam Whatsapp Group kami lah yang menjadi mangsa bebelan dan kemarahan saya sepanjang masa. Ada hampir 100 members dalam Group ini dan sudah 4 kali saya keluar masuk dari group ini untuk cuba kawal diri saya dari membebel dan dari mengelakkan mereka naik menyampah dengan saya. Kadang-kadang tak pasal-pasal saya meletup di situ. Alhamdulillah sahabat-sahabat saya semua sabar dengan saya kerana mereka sudah mengenali saya selama 42 tahun sejak kami di tingkatan 1 pada tahun 1976 dulu. Hahaha...

Inilah serba sedikit cerita ringkas mengenai latar belakang saya. Insyaa Allah untuk Siri Ramadan Mubarak yang ke-5 selepas ini, saya berhasrat untuk menulis mengenai kisah tawanan Perang Badr. Untuk makluman pembaca, Perang Badr adalah peperangan pertama dalam sejarah Islam yang berlaku di bulan Ramadan.

What a coindence as we are in Ramadan now! You will see how I relate and draw the parallels of this profound story with the current events of our 1MDB saga in Malaysia that are unfolding before your eyes, insyaa Allah.


Stay tuned..

Comments

Popular posts from this blog

Ramadan Mubarak 2018 (Siri ke-6) : Amaran keras dari Allah dan RasulNya supaya jangan cenderung kepada orang zalim yang akan muflis di akhirat nanti.

Persamaan sebahagian besar umat Islam dengan penganut agama Kristian

Penghina Agama