Posts

Showing posts from April, 2018

Apa nilai ibadah kita di akhirat kelak?

Apakah nilai solat, puasa, zakat, haji dan segala amal jariah yang kita lakukan di dunia jika Nabi (saw) tidak terima kita sebagai umatnya di akhirat kelak? Saya kira tentulah segala amal-amal ibadah kita akan hangus dan tidak mempunyai apa-apa nilai jika perkara ini berlaku. Na uzuillahi min zalik. Bayangkan bagaimana nasib kita jika Nabi enggan mengaku kita sebagai umatnya di akhirat kelak?  Bagaimana ini mungkin berlaku? Baca hadis di bawah ini  dan cuba fahami maksudnya dengan jelas . Ia hadis sama seperti yang saya telah paparkan dalam blog sebelum ini.. Daripada Ka’ab bin ‘Ujrah, ia berkata bahawa pada suatu hari Rasulullah (saw) telah bersabda : “Wahai Ka’ab! Aku mohon perlindungan daripada Allah (swt) supaya melindungimu daripada pemerintah-pemerintah yang datang selepas aku. Barangsiapa yang mendatangi pemerintah sambil mengiyakan dan membenarkan pembohongan mereka dan membantu kezaliman-kezaliman mereka, sesungguhnya orang-orang yang berbuat demikian buk...