Apa nilai ibadah kita di akhirat kelak?
Apakah nilai solat, puasa, zakat, haji dan segala amal jariah yang kita lakukan di dunia jika Nabi (saw) tidak terima kita sebagai umatnya di akhirat kelak? Saya kira tentulah segala amal-amal ibadah kita akan hangus dan tidak mempunyai apa-apa nilai jika perkara ini berlaku. Na uzuillahi min zalik.
Bayangkan bagaimana nasib kita jika Nabi enggan mengaku kita sebagai umatnya di akhirat kelak?
Bagaimana ini mungkin berlaku? Baca hadis di bawah ini dan cuba fahami maksudnya dengan jelas. Ia hadis sama seperti yang saya telah paparkan dalam blog sebelum ini..
Daripada Ka’ab bin ‘Ujrah, ia berkata bahawa pada suatu hari Rasulullah (saw) telah bersabda :
“Wahai Ka’ab! Aku mohon perlindungan daripada Allah (swt) supaya melindungimu daripada pemerintah-pemerintah yang datang selepas aku.
Maka saya dengan penuh insaf mengingatkan diri saya dan teman-teman sekalian agar jangan tersilap memilih pemimpin pada PRU14 yang akan datang ini.
Mahukah segala ibadah yang kita kerjakan di dunia ini hangus di akhirat kelak lantaran kita tidak diterima oleh Nabi sebagai umatnya? Sanggupkah kita mengambil risiko tersebut?

Barangsiapa yang mendatangi pemerintah sambil mengiyakan dan membenarkan pembohongan mereka dan membantu kezaliman-kezaliman mereka, sesungguhnya orang-orang yang berbuat demikian bukanlah dari kalangan umatku dan ia tidak akan dapat menemuiku dan menghampiri telagaku (Al-Kauthar) di akhirat kelak.
Tetapi barangsiapa yang terpaksa bertemu pemerintah sedang dia tidak mengiyakan pembohongan pemerintah itu dan tidak membantu di atas kezaliman pemerintah tersebut, sesungguhnya aku akan bersamanya (di akhirat kelak).”
[Jami` at-Tirmidhi, Hadis no. 2259, Derajat : Sahih]
Maka saya dengan penuh insaf mengingatkan diri saya dan teman-teman sekalian agar jangan tersilap memilih pemimpin pada PRU14 yang akan datang ini.
Islam tidak pernah mengajar umatnya memilih pencuri dan perampas hak rakyat sebagai pemimpin kerana ini termasuk dalam takrif "..mendatangi pemerintah sambil mengiyakan dan membenarkan pembohongan mereka dan membantu kezaliman-kezaliman mereka.." seperti yang Nabi (saw) telah sabdakan di dalam hadis di atas.
Jangan kita juga terpedaya untuk mengangkat mereka yang bersubahat dengan orang-orang zalim ini sebagai pemimpin kita walaupun mereka bergerak dalam organisasi yang berlabelkan Islam, kerana Islam tidak pernah mengajar kita buat benda-benda yang tidak masuk akal. Mana mungkin orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan solat, puasa, zakat dan haji tergamak bersekongkol dengan pencuri dan sanggup mengangkat mereka sebagai pemimpin negara?
Jangan kita juga terpedaya untuk mengangkat mereka yang bersubahat dengan orang-orang zalim ini sebagai pemimpin kita walaupun mereka bergerak dalam organisasi yang berlabelkan Islam, kerana Islam tidak pernah mengajar kita buat benda-benda yang tidak masuk akal. Mana mungkin orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan solat, puasa, zakat dan haji tergamak bersekongkol dengan pencuri dan sanggup mengangkat mereka sebagai pemimpin negara?
Mahukah segala ibadah yang kita kerjakan di dunia ini hangus di akhirat kelak lantaran kita tidak diterima oleh Nabi sebagai umatnya? Sanggupkah kita mengambil risiko tersebut?
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAs salam Nan tksih atas pencerahan yg tepat dan jitu.
ReplyDeleteAku mohon pd Allah swt agar angin perubahan yg benar akan menyinari lanskap politik Negaraku yg ku cintai.
Kita semua akan pergi yg tinggal adalah anak cucu cicit piut miut kita yg akan cari tempat mengadu.
Jadi seharuslah kita memilih kerajaan yg menegakkan nilai x2 Islam tanpa perlu berselindung di balik nama dan jawatan.
Para akademik yg berpendidikan tahap Prof pun diam dan sunyi 1000 bahasa.
Tak berupaya menegur pemerintah yg buat onar kerana telur nya telah di kepit
Dgn rantai bersalut dodak & cleptocrasy.Jadi sikap berdiam mrk lagi baguih.Waktu kerja 9-5ptg.
Hujung minggu main golf
Cari ctc utk projek lps pencen.
Padahal suara mrk ini lah Prof ulung yg bergulung x2 di Universiti dgn kertas kerja yg berbondang x2 tahap A+.
Sayang 1000 kali sayang sunyi sesunyi angin sepoi bahasa bila fenomena ini berlaku setiap hari di depan mata mrk.
Yg depa dok pikiaq poket,fulus,pitih & lipan bara.
Berapa dapat setiap hari.
Rakyat di tekan dgn Gst.
Setiap sen di perah keringat mrk.
Ada pemerintah peduli.
Mati hidup balik itu bukan masalah aku
Itu depa punya pasai.
Sampai bila?
Ini kali lah.
9.5.18 tarikh keramat
Undi x2 kita yg bernilai teramat mahai walaupun 1 undi.
Boleh menundukkan dodak & cleptocrasy yg kuat mengganas nya saban hari.
Di samping keputusan 26.4.18
Yg akan diputuskan oleh mahkamah tentang sah @ tidak nya parti pemerintah yg berkuasa ibarat Tuan tanah kedaun.
Selama 60 thn mrk menabur kencing di muka rakyat.
Meleleh hingga hancing
Sekarang tiba masa utk kita membasuh kencing mrk pd 9.5
18.
Undi yg tepat iaitu Pkr bagi menaungi Suara Rakyat@ Suara Keramat @ Silent voters.
Spti di Pagoh,Wangsa Maju,K
Sgor dll..
Sekian luahan hati buat semua generasi.
Kerana kita semua akan pergi.
Yg tinggai adalah anak cucu cicit ku yg akan menghadapi satu fenomena yg amat dahsyat ia itu dodak & cleptocrasy yg mesti di singkirkan@ di talkinkan dan di kuburkan pd Pru ini.
Sekian tksih was salam.
Aamiin x 2.6 b..
Ini kali lah..
Hidup Pkr
Masyaa Allah.. Laa hawla walaa quwwata illaa billah. Semoga Allah mendengar rintihan hamba2Nya yg telah melalukan apa yg termampu utk mencukupkan syarat supaya Dia akan berikan kemenangan..
Delete