Posts

Showing posts from June, 2017

Allah : “Aku” atau “Kami”?

Secara dasarnya, kita perlu fahami bahawa Zat Allah meliputi segala sesuatu, iaitu ia tidak berada dalam ruang, tidak terpisah-pisah dan tidak terdiri dari cantuman atau kombinasi apa-apa unsur berlainan. Allah bersifat Maha Tunggal dan Maha Esa dalam suatu skala yg tidak mampu dibayangkan oleh  akal dan  fikiran kita. Maka Allah menggunakan gantinama diri  “Aku” bagi mewakili Zat-Nya yang bersifat tunggal dan esa itu, sementara gantinama diri “Kami” pula digunakan bagi mewakili Zat-Nya yang tidak terhingga keagungannya meliputi segala-gala di seluruh alam semesta dan dimensi. Sesuai dengan hakikat ini, maka Allah memberitahu kita bahawa Dia amat dekat dengan kita, lantaran ke mana saja kita menghadap, kita akan berhadapan dengan wajahNya seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam ayat-ayat berikut. “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu  mengenai Aku,  maka (jawablah) bahawa sesungguhnya  Aku dekat .. " [Al-Baqarah (2) : 186] “Dan Alla...

Benarkah Adam dicipta di Syurga? Satu perspektif baru..

Selama ini, syurga digambarkan terletak di suatu alam ghaib di langit, di sebuah “negeri atas awan” yang tidak ada penjelasannya. Ia seiring dengan alam “dewa dewi” dalam cerita2 klasik yang diadaptasi dari agama di luar Islam. Sebenarnya, konsep seperti ini bukan konsep Islam. Di dalam Islam dan al-Qur’an, Allah menyatakan diriNya sbg Dzat Maha Besar yang tidak menempati ruang. Sebaliknya Allah yang meliputi ruang, tidak kira sebesar mana ia sekalipun, termasuk ruang  alam semesta yang tidak diketahui tepiannya sehingga kini. Seterusnya, Allah adalah Dzat yang digambarkan dalam Qur’an sebagai “sangat dekat” dgn kita. Bahkan lebih dekat dari urat leher kita sendiri. “Dan demi sesungguhnya, Kami jualah yang telah mencipta manusia dan sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Dan Kami sebenarnya lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. ” [Qaaf (50) : 16] Maka di dalam Qur’an telah dinyatakan dengan jelas bahawa Allah sebenarnya berada di mana2 jua menurut s...

Bid’ah vs Maslahah Mursolah

Terdapat kekeliruan besar di kalangan masyarakat mengenai pengertian Bid’ah dan Maslahah Mursolah kerana kedua-dua perkara ini tidak dapat dibezakan dengan betul. Secara umumnya, Bid’ah adalah amalan2 yang bersangkutan dengan urusan ibadah sementara Maslahah Mursolah tiada kaitan dengan ritual ibadah. Walaupun begini, apabila hujah2 mengenai larangan melakukan Bid’ah dibincangkan, ada di kalangan orang ramai yang cuba mewajarkan amalan2 ibadah tersebut akan berkata seperti berikut (sebagai contoh) : 1.     Pada zaman Nabi dan para sahabat dulu mana ada kereta? Nabi naik unta saja. Kalau betul kita kena ikut Nabi, maka kita sepatutnya naik unta sajalah hari ini kerana menjadi suatu Bid’ah kalau kita naik kereta. 2.     Di zaman Nabi dan para sahabat dulu tidak ada jam untuk tentukan masuk waktu solat. Baginda guna matahari dan ukuran bayang saja untuk tujuan ini. Tapi sekarang kita guna jam untuk menentukan waktu solat dan tidak tengok matahar...