Bid’ah vs Maslahah Mursolah
Terdapat kekeliruan besar di
kalangan masyarakat mengenai pengertian Bid’ah dan Maslahah Mursolah kerana
kedua-dua perkara ini tidak dapat dibezakan dengan betul.
Secara umumnya, Bid’ah adalah
amalan2 yang bersangkutan dengan urusan ibadah sementara Maslahah Mursolah
tiada kaitan dengan ritual ibadah. Walaupun begini, apabila hujah2 mengenai
larangan melakukan Bid’ah dibincangkan, ada di kalangan orang ramai yang cuba
mewajarkan amalan2 ibadah tersebut akan berkata seperti berikut (sebagai
contoh) :
1.
Pada zaman Nabi dan para sahabat dulu mana ada kereta? Nabi naik unta saja.
Kalau betul kita kena ikut Nabi, maka kita sepatutnya naik unta sajalah hari
ini kerana menjadi suatu Bid’ah kalau kita naik kereta.
2.
Di zaman Nabi dan para sahabat dulu tidak ada jam untuk tentukan masuk
waktu solat. Baginda guna matahari dan ukuran bayang saja untuk tujuan ini.
Tapi sekarang kita guna jam untuk menentukan waktu solat dan tidak tengok matahari
lagi. Bukankah ini Bid’ah?
3.
Di zaman Nabi dan para sahabat dulu imam solat tanpa menggunakan microphone
dan speaker untuk makmum mendengar bacaannya. Tetapi sekarang imam sudah guna alat2
ini. Kenapa boleh pulak? Bukankah ini Bid’ah?
Disebabkan kecelaruan ini, saya
berasa terpanggil untuk berusaha memberi penjelasannya.
Ciri2 utama bid’ah
adalah seperti berikut :
1. Sesuatu perkara baru yg diperkenalkan.
2. Perkara baru yang diperkenalkan ini adalah berkaitan
dengan urusan ibadah dalam agama.
3. Perkara baru yang diperkenalkan tersebut tiada bukti
syari’e.
Berkenaan dgn Maslahah pula,
maksudnya dari sudut bahasa ia adalah sesuatu yang memberi menafaat. Sementara
dari sudut istilah pula, ia adalah sesuatu yang membawa kepada pencegahan
keburukkan atau memberi menafaat umum kepada orang ramai.
Dalam aplikasi agama pula ia
berkaitan dengan sesuatu perkara yang boleh memberi menafaat umum kepada orang
ramai yang tidak menyangkut persoalan ibadah dan tiada larangan syari’e
terhadapnya. Secara mudahnya, Maslahah Mursolah bermaksud Kepentingan
Umum/Awam.
Ciri2 persamaan di
antara Bid’ah dan Maslahah Mursolah :
1.
Kedua-duanya tidak berlaku di zaman Rasulullah (saw). Jika ada pun, ia
hanya berkaitan dengan perkara Bid’ah sahaja tetapi ia sangat sedikit dan
jarang sekali berlaku, dan perbuatan tersebut akan mendapat teguran langsung
dari baginda Nabi supaya menghentikannya. Contoh yang terbaik mengenai perkara
ini boleh kita lihat pada hadis berikut :
Dari Anas bin
Malik, dia berkata bahawa seramai tiga orang telah datang ke rumah isteri2
Rasulullah untuk bertanya tentang cara baginda beribadah. Apabila diceritakan
tentangnya, mereka merasakan seolah-olahnya ibadah mereka terlalu sedikit
berbanding baginda.
Lalu mereka berkata, “Di manakah
kedudukan kita berbanding baginda sedangkan segala dosanya yang terdahulu dan
yang akan datang telah diampuni Allah?” Maka salah seorang dari mereka berkata,
“Aku akan terus menerus solat pada waktu malam tanpa tidur.” Yang kedua dari
mereka pula berkata, “Aku akan berpuasa sepanjang tahun dan tidak akan
meninggalkan amalan ini.” Dan yang terakhir dari mereka kemudian berkata, “Aku
tidak akan menikah selama-lamanya.”
Lalu Rasulullah (saw) datang kepada
mereka dan berkata, “Kamu bertigakah yang berkata demikian? Demi Allah!
Sesungguhnya aku lebih takut kepada Allah daripada kamu dan lebih bertaqwa
kepadaNya daripada kamu. Namun aku solat dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka
(yakni tidak berpuasa sepanjang tahun), dan aku juga menikahi wanita. Maka dengan ini, sesiapa yang tidak
suka mengikuti sunnahku, dia bukanlah dari kalanganku.”
[Sahih Bukhari no. 5063, Sahih
Muslim no. 1401]
2. Kedua-dua Bid’ah dan
Maslahah Mursolah tiada bukti teks atau dalil khusus yang memberi kebenaran
untuk melakukannya. Apa yang dijadikan sebagai sandaran untuk mewajarkan
perlakuan kedua-duanya hanyalah diambil dari teks atau dalil yang bersifat
umum.
Perbezaan di antara
Bid’ah dan Maslahah Mursolah :
1.
Apa yang membuat Bid’ah berbeza dari Maslahah Mursolah ialah kerana ia
melibatkan ritual ibadah dalam urusan agama tanpa dalil khusus yang membenarkan
ia dilakukan. Sebaliknya, Maslahah Mursolah melibatkan proses analisis yang dinilaikah
semata-mata atas dasar pemikiran yang
rasional untuk kepentingan masyarakat secara umum, dan ia tidak ada kena
mengena dengan hal-hal yang berkaitan dengan ritual ibadah. Maka tiada dalil
khusus diperlukan untuk melakukannya.
2.
Bid’ah juga dilakukan atas sebab kerana mempercayai bahawa amalan tersebut
mempunyai nilai ibadah yang tinggi di sisi Allah. Ia dilakukan atas niat kerana
semata-mata ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pengamalnya melakukan amalan
ini secara rutin dan tidak bercadang untuk meninggalkannya. Hal ini berbeza
dari Maslahah Mursolah yang dilakukan hanya sebagai tujuan atau alat bagi
mencapai sesuatu objektif lain dan bukan atas kepercayaan bahawa perbuatan
tersebut secara hakikinya mempunyai nilai ibadah yang tinggi. Disebabkan ini,
Maslahah Mursolah juga ditakrifkan sebagai “cara atau alat bagi mencapai tujuan
dan matlamat syari’e.” Maka apabila sesuatu objektif syari’e itu sudah tercapai
atau berlakunya apa2 kemudharatan yang melebihi menafaatnya, perbuatan yang
bersifat Maslahah Mursolah itu boleh digugurkan tanpa perlu diteruskan lagi.
Sebaliknya, amalan2 yang berbentuk Bid’ah pula tidak bersifat begini dan tidak juga
dilihat dari persepektif begini. Malah amalan2 Bid’ah akan tetap terus
dilakukan dalam apa jua keadaan sekali pun.
3.
Perbezaan seterusnya ialah amalan2 Bid’ah secara umumnya “menambah beban” (extra
burden) kepada orang2 yang mengamalkannya, terutamanya kepada orang yang baru
ingin mendekati Islam. Ia juga membuat amalan2 ibadah yang pada asalnya mudah tiba2
menjadi terikat dengan beberapa syarat2 lain yang mesti dipatuhi walaupun ia tidak
bersumber dari ajaran Nabi (saw) yang asal. Sebaliknya, Masalah Mursolah
bersifat dan bertujuan untuk mengurangkan beban dan memudahkan urusan orang
ramai.
4.
Sekiranya sesuatu perbuatan yang
berbentuk Masalah Mursolah tidak berlaku di zaman Nabi (saw), ia adalah
kerana tidak ada sebab untuk mewajarkan keperluan bagi melakukannya atau
terdapat sebab2 atau faktor2 yang menghalangnya dari dilakukan. Ini berbeza
dari Bid’ah. Nabi dan para sahabatnya tidak melakukan beberapa amalan2 ritual di
zaman mereka seperti yang dilakukan secara meluas dalam masyarakat kita pada
hari ini hasil warisan turun temurun, kerana ia tidak perlu dan tidak wajar
dilakukan atas sebab ia tidak mempunyai tempat dalam agama. Buktinya ialah walaupun
Nabi dan para sahabat baginda mempunyai peluang yang luas untuk melakukan
amalan2 ritual tersebut tanpa apa2 halangan, mereka tetap tidak melakukannya.
Kesimpulan : Sekiranya syarat2 Masalah Mursolah dipenuhi, ia akan
bertentangan dengan Bid’ah disebabkan perbezaan sifat2nya. Masalah Mursolah
tidak boleh dikategorikan sebagai Bid’ah kerana jika ia cuba dijadikan
demikian, maka ia tidak akan dinamakan sebagai Masalah Mursolah.
Bid’ah ditegah oleh agama, manakala Masalah Mursolah digalakkan.
Bid’ah ditegah oleh agama, manakala Masalah Mursolah digalakkan.
Comments
Post a Comment