Ucapan Ramadan Mubarak (Semoga kamu perolehi keberkatan bulan Ramadan) kepada Ustaz Fathul Bari.
Assalamu'alaikum Ustaz Fathul Bari.. Nama saya Manan Razali dan saya ingin ucap terima kasih pada Ustaz kerana menyuarakan peringatan ini kepada Tun Dr. Mahathir. Tetapi saya rasa Ustaz tidak perlu bimbang atau cemas mengenai hal ini. Saya percaya sahabat-sahabat kita seperti Dr. Asri, Dr Maszlee, Ustaz Nik Omar dan beberapa lagi tokoh agama yang berfikiran progresif (bukan liberal) akan diberi peranan oleh Tun Dr. Mahathir untuk membantunya dalam urusan ini. Tetapi ada hal lain yang saya ingin sampaikan kepada Ustaz melalui tulisan ini. Saya terdorong menulis surat ini apabila melihat nama Ustaz dalam lapuran Free Malaysia Today tadi dan terus terang saya nyatakan bahawa saya rasa allergic setiap kali apabila ternampak nama Ustaz di mana-mana sahaja sejak Ustaz masuk Umno dulu. http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/17/jangan-liberal-agama-bekas-pegawai-khas-najib-ingatkan-dr-mahathir/ Maka saya ambil peluang ini untuk menyuarakan apa yang ...