Pengkhianatan terhadap perjuangan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz : Babak 2
Saya terima banyak maklumbalas terhadap artikel saya
baru-baru ini yang membandingkan antara kempimpinan Pas yang diterajui
oleh Tuan Guru Hadi Awang (TGHA) sejak 3 tahun lalu dengan
pendekatan yang diambil oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz (ATGNA) sebelum
itu. Ramai yang bersetuju dengan nukilan saya. Tetapi ada juga yang marah
dengan berkata saya tidak sepatutnya memfintah TGHA dengan berbagai tuduhan
yang bukan-bukan. Berikut adalah link untuk artikel tersebut bagi sesiapa yang masih belum membacanya :
https://mananrazali.blogspot.com/2018/05/antara-legasi-tok-guru-nik-aziz-dan.html
Sebenarnya adalah tidak betul untuk berkata bahawa saya telah melemparkan tuduhan-tuduhan palsu terhadap TGHA. Apa yang saya tulis adalah mengenai pengalaman peribadi saya sebagai seorang bekas penyokong tegar Pas sepanjang 28 tahun dari tahun 1987 hingga 2015. Kemudian saya menyatakan persepsi jujur saya terhadap beliau sejak 3 tahun saya berhenti menyokong Pas dari tahun 2015 hingga kini.
Sebenarnya adalah tidak betul untuk berkata bahawa saya telah melemparkan tuduhan-tuduhan palsu terhadap TGHA. Apa yang saya tulis adalah mengenai pengalaman peribadi saya sebagai seorang bekas penyokong tegar Pas sepanjang 28 tahun dari tahun 1987 hingga 2015. Kemudian saya menyatakan persepsi jujur saya terhadap beliau sejak 3 tahun saya berhenti menyokong Pas dari tahun 2015 hingga kini.
Dakwaan saya bahawa TGHA banyak menipu ahli-ahli dan
penyokong-penyokong Pas sejak dia menukar haluan Pas setelah kematian ATGNA
bukanlah satu fitnah yang diada-adakan. Berlambak-lambak bukti tentang
kenyataan TGHA yang berputar belit boleh ditonton dengan bebas di Youtube.
Sebenarnya saya tidak faham kenapa TGHA perlu tukar
haluan Pas yang telah diletak atas landasan yang sangat baik dan kukuh oleh
ATGNA sebelum ini dan mengapa dia perlu cakap berbelit-belit. Seorang ulama tidak
sepatutnya bersikap begini. Tidakkah dia sedar bahawa segala ucapannya telah
dirakam oleh video yang boleh dilihat secara berulang-ulang kali oleh sesiapa
sahaja? Tidakkah gambaran dan persepsi terhadap Islam akan jadi buruk apabila
seorang ulama dilihat menipu dengan bebas? Sudahlah kuat menipu, bengis dan
kasar pulak lagi.
Melihat beliau bercakap dan berucap sedikit pun tidak
menyejukkan hati saya. Semakin tidak tenteram lagi ada dibuatnya. Berbeza
sungguh dengan ATGNA yang walaupun tegas, tetapi masih lembut dan menyejukkan
mata dan hati setiap kali melihat beliau memberi pesanan dan nasihat.
Yang jelas ialah TGHA membuat orang lari dari Islam
sementara ATGNA pula membuat orang mahu mendekati Islam dan ingin menjadi insan
yang lebih baik. Dan yang paling penting sekali ialah ATGNA tidak pernah cakap
berbelit-belit seperti TGHA. ATGNA sentiasa konsisten.
Saya kadang-kadang duduk termenung berfikir seorang
diri.. Apa yang ingin dicapai oleh Pas sebenarnya di bawah pimpinan TGHA?
Hendak menang pilihanraya untuk mendapat berkuasa, atau hendak bagi Islam
menang? Kedua-dua perkara ini tidak sama.
Kalau matlamatnya ialah untuk memenangi pilihanraya bagi
mendapatkan kuasa politik, maka tidak hairanlah jika Islam dijadikan alat
tipudaya serta hiasan untuk mengaburi mata penyokong demi meraih undi. Jika
ditakdirkan menang, belum tentu lagi mereka akan memerintah dengan adil dan
meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan mereka.
Tetapi jika matlamatnya ialah hendak bagi Islam menang,
maka pendekatan yang perlu diambil wajib berbeza. Caranya ialah dengan mengajak
orang supaya meminati Islam dan ingin menjadi insan yang berakhlak mulia.
Apabila ini dilakukan, ramai orang dengan secara semulajadi akan mendekati kita
dan memilih kita sebagai pemimpin. Kita akan mempunyai aura yang baik,
lalu kuasa dan pengaruh akan datang kepada kita dalam keadaan rakyat dan pemimpin
saling redha meredhai antara satu sama lain. Di dalam Al-Qur'an, Allah
menamakan ini sebagai Izzah.
Dari pandangan saya, TGHA kelihatan sungguh obses untuk
memenangi pilihanraya sehingga dia sanggup berkerjasama dengan Umno - sebuah
parti yang hidup matinya semata-mata kerana rasuah - untuk mencapai tujuan ini.
Sementara matlamat ATGNA pula ialah untuk memenangkan Islam dengan strategi
jangka panjang yang sistematik.
Disebabkan ini, ATGNA mengambil pendekatan untuk menjalin
kerjasama erat dengan semua parti-parti politik pembangkang dengan satu misi
untuk menumbangkan pemerintahan Umno yang sesat lagi menyesatkan itu.
Sementara TGHA pula sanggup memutuskan jalinan erat Pas
dengan parti-parti pembangkang lain sebelum ini semata-mata agar Pas dapat
bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan nasionalis Melayu berdasarkan kepada
"keimanan" mereka bahawa Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu.
Semua orang Pas tahu bahawa pendekatan ini sekali-kali tidak dipersetujui oleh
ATGNA. Dan memutuskan hubungan kerjasama dengan parti-parti pembangkang lain
untuk bersama Umno adalah terang-terang satu pengkhianatan besar
terhadap perjuangan ATGNA dan tokoh-tokoh agung Pas yang lain sebelum ini
seperti Almarhum Tuan Guru Yusof Rawa dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor.
Dalam konteks ini, saya tidak boleh terima alasan yang
diberi oleh TGHA bahawa sebab utama dia bawa Pas berpecah dengan DAP ialah
kerana DAP menolak Islam. Ini adalah lawak jenaka pak pandir yang sedikit pun
tidak menggelikan hati saya.
Sejak bila DAP tolak Islam? Sekali lagi saya tanya :
Sejak bila DAP tolak Islam? Cuba
fikir baik-baik.
Pernahkah DAP menolak dan menghalang umat Islam di negara
ini dari melaksanakan ibadah? Pernahkah DAP menentang kita dari menjalankan
urusan muamalah berlandaskan syariah? Yang saya tahu ialah DAP hanya menolak
perlaksanaan hukum hudud sahaja. Bahkan semua parti-parti komponen BN dari kaum
bukan Melayu pun sama-sama menolak idea perlaksanaan hukum hudud secara terbuka
juga. Tetapi mengapa Pas tidak mengeluarkan kecaman terhadap semua parti-parti
itu secara beterusan sepertimana ia tidak putus-putus menyerang DAP?
Mufti Pahang pun tidak pula melabel mereka sebagai kafir harbi sebagaimana
beliau melabel DAP begitu.
Sejak dari zaman tok kaduk lagi DAP sudah mengambil
pendirian tidak mahu hudud dilaksanakan di Malaysia dan pendirian mereka tidak
pernah berubah. Tetapi tidakkah kita rasa kagum melihat bagaimana TGNA masih
boleh berkerjasama dengan DAP di masa hayatnya? Malah yang membuat kisah ini
menjadi lebih dramatik lagi pada waktu itu ialah kerana Karpal Singh telah
mengumumkan secara terbuka satu kenyataan masyhurnya yang berbunyi
: “Langkah mayat saya dahulu sebelum hudud boleh dilaksanakan di negara
ini!”
Tetapi kenapa ATGNA masih boleh mendampingi Karpal Singh
hingga bersusah payah menziarahinya di Pulau Pinang untuk meraikan hari
ulangtahunnya dalam keadaan ATGNA sedang demam dan uzur? Kenapa oh kenapa?
Mengapa tidak diterajang terus Karpal Singh dan putuskan hubungan Pas dengan
DAP pada waktu itu?
Jawapannya ialah kerana ATGNA tahu dan faham bahawa
penolakkan DAP terhadap hudud adalah tidak sama dengan menolak Islam. DAP tidak
pernah menentang Islam dan tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian.
Hanya orang Melayu yang banyak sangat menonton filem hantu saja takut kepada
khayalan yang diada-adakan ini kerana mereka tiada keyakinan diri yang tinggi.
Begitulah TGHA. Bagi beliau, hudud adalah seolah-olahnya
kemuncak bagi agama Islam. Tidak ada kompromi baginya dalam hal ini. Anehnya,
dia tidak pula berselislih pandangan tentang hal ini dengan ATGNA ketika beliau
masih hidup.
Malah ada sebuah video tular yang menunjukkan TGHA
membela DAP. Beliau telah berkempen supaya rakyat mengundi DAP pada PRU13
sebelum ini dengan berkata bahawa DAP telah membela Pas pada waktu Kelantan
berada dalam keadaan darurat dahulu, dan Pas tidak sepatutnya melupakan jasa
DAP kepadanya. Klik link di bawah ini untuk menonton video tersebut :
Saya melihat pihak yang benar-benar konsisten di sini
ialah DAP. Yang tidak konsisten ialah TGHA dan Pas. DAP konsisten
menolak hudud sejak dulu, sementara Pas tidak konsisten dalam pendekatan
politiknya terhadap DAP.
Kalau ATGNA boleh ambil ambil peluang ini untuk masih
berkerjasama dengan DAP demi kepentingan rakyat, mengapa TGHA tidak boleh? Kalau
benarlah DAP ini sangat jahat, takkanlah ATGNA tidak sedar tentang ini.
Dan takkanlah TGHA akan ikut ATGNA sehingga dia bersungguh-sungguh berkempen
menyuruh penyokong-penyokong Pas mengundi DAP pada PRU13 dulu seperti yang
kita boleh lihat dalam video di atas.
Pengajaran paling penting sekali untuk kita ambil di sini
ialah dengan melihat bagaimana ATGNA telah mengambil kesempatan melalui
kerjasama ini untuk menyampaikan dakwah Islam kepada pempimpin-pemimpin DAP
sehingga mereka mula tertarik untuk berjinak-jinak mendekati Islam dan sering
berbincang mengenai Islam dengan ATGNA. Tidak mustahil jika hubungan baik ini
diteruskan, ramai ahli-ahli non Muslim DAP mungkin akan menerima Islam dan
hudud pada suatu hari nanti.
Kalau pun DAP jahat sungguh, saya yakin jika seluruh
bilangan ahli parti DAP yang berjumlah kira-kira 550 ribu itu dikumpulkan
bersama, bilangan yang ramai ini masih tidak boleh menandingi walau sedikitpun
kejahatan Umar al-Khattab seorang diri sebelum dia memeluk Islam. Permusuhannya
terhadap Islam serta kebenciannya terhadap Nabi Muhammad (saw) yang menjadi
utusan bagi agama suci ini tiada tolok bandingnya.
DAP hanya sekadar tidak bersetuju dengan perlaksanaan
hukum hudud sahaja kerana mereka masih tidak faham Islam disebabkan tiada siapa
yang berdakwah kepada mereka elok-elok. Sementara Umar al-Khattab
pula bukan hanya menolak Islam, bahkan memusuhi Islam secara total sehingga
ingin memenggal kepala Nabi yang mulia itu. Tapi akhirnya, beliau menerima
Islam dan seterusnya diangkat menjadi khalifah kedua selama 12 tahun selepas kewafatan Nabi
bagi kerajaan Islam yang paling gemilang dalam sejarah.
Itu baru cerita Umar al-Khattab seorang. Belum lagi masuk
cerita tentang Abu Sufyan, Khalid al-Walid dan ramai lagi para sahabat baginda
Nabi yang pada asalnya adalah musuh-musuh Islam yang tegar sebelum mereka
memeluk Islam dan menjadi para sahabatnya yang akrab sehingga sanggup berjuang
bermati-matian di medan jihad mempertahankan Islam dari serangan-serangan musuh.
Oleh itu, apalah yang nak diherankan sangat dengan DAP di
Malaysia ini? Sebagai orang-orang bukan Islam yang masih tidak memahami agama
ini dengan mendalam, sudah tentulah mereka curiga terhadap hukum
hudud kerana merasakan perlaksanaannya akan memberi kesan yang tidak baik
kepada masyarakat mereka.
Maka
tidak adil bagi kita untuk berkata secara umum bahawa mereka memusuhi dan
menolak Islam. Yang betulnya ialah mereka hanya enggan menerima salah satu dari
bahagian syariat Islam sahaja kerana masih tidak faham. Takkanlah TGHA dan
ulama-ulama lain dalam Pas tidak boleh membezakan ini?
Bagi
saya, kecelaruan ini timbul kerana orang Melayu mempunyai perasaan rendah diri
(inferiority complex) dan pada masa yang sama sombong tidak bertempat.
Ditambah pula lagi dengan otak feudal yang hanya tahu ikut pemimpin secara
membabi buta sahaja. Lebih-lebih lagi bila pemimpin-pemimpin itu memakai
serban, jubah dan pandai bercakap Arab dan petah memetik ayat-ayat Quran dan
hadis sana sini untuk mewajarkan tindakan-tindakan mereka yang terkeluar dari
maksud konteks sebenar ayat-ayat dan hadis-hadis itu.
Di sinilah saya lihat permainan TGHA. Demi ego dan
kepentingan politik sempitnya, dengan mudah dia berubah angin dan memetik
ayat-ayat Quran untuk mewajarkan tindakan-tindakannya. Pada waktu dia ikut
haluan ATGNA untuk berkerjasama dengan DAP, dia guna beberapa nas yang
dirasakan sesuai untuk menyokong tindakan dia. Tiba-tiba
setelah ATGNA meninggal dunia, dia petik pula nas-nas lain untuk memomokkan DAP.
Padahal bukan DAP yang berubah. Tetapi TGHA lah
sebenarnya yang tidak berpendirian hingga mudah sekali membuang semua
nas-nas yang menjadi sandaran awalnya ketika digunakan untuk membenarkan
kerjasama Pas dan DAP sebelum itu.
Oleh itu,
tidak keterlaluan jika saya tegaskan di sini bahawa TGHA lah yang telah
mengkhianati perjuangan murni ATGNA. Pas dihormati dan disayangi oleh berjuta
rakyat Malaysia baik dari kalangan yang beragama Islam dan juga yang bukan
beragama Islam ketika ATGNA memimpin dulu.
Tetapi lihat keadaan Pas pada hari ini. Yang masih
bergayut lagi kepada parti ini sekarang hanyalah ahli-ahli dan
penyokong-penyokong yang taksub kepada TGHA sahaja. Mereka inilah yang tidak
mahu buka mata dan minda dengan luas untuk melihat dan menerima realiti bahawa
ramai rakyat telah meluat dan menyampah dengan parti yang syok sendiri ini
hingga ke tahap gaban dan merasakan bahawa mereka sajalah yang suci dan layak
ke syurga.
Sedarlah bahawa TGHA itu bukan seorang Nabi. Dia tidak
maksum. Setakat mendakwa yang dia telah bermimpi berjumpa dengan Nabi beberapa
kali tidak boleh digunakan sebagai hujah dan tidak boleh dibawa ke mana pun.
Bagaimana dia tahu bahawa yang datang dalam mimpinya itu adalah benar-benar
Nabi Muhammad (saw)? Adakah dia kenal rupa paras baginda?
Tidak cukup dengan TGHA seorang yang kononnya mimpi berjumpa
Nabi. Ada seorang calun bangsa India beragama Hindu yang akan bertanding di
atas tiket Pas tiba-tiba muncul membuat pengakuan secara terbuka bahawa dia
juga telah mimpi berjumpa dengan Nabi beberapa kali. Bukan sekali
ya, tetapi beberapa kali! Apa punya cerita kartun ini? Sampai
begini ulama-ulama Pas tergamak mempermain-mainkan Islam. Klik di link berikut
untuk melihat video tersebut :
Akhir kata, saya amat gembira Ustaz Nik Omar telah
memilih untuk bertanding di kerusi DUN Chempaka di atas tiket Parti Amanah
Negara. Beliau berani mengambil tindakan yang drastik ini kerana sedar bahawa
Pas sudah terkeluar landasan dan hilang haluannya. Lalu beliau merasakan adalah
menjadi tanggungjawabnya untuk bertanding mewakli Amanah di kerusi DUN Chempaka
bagi menyambung legasi perjuangan almarhum ayahandanya yang murni untuk
memperbaiki imej Islam yang telah dicemarkan oleh Pas.
Kalau tidak silap saya, sudah ada ura-ura yang berbunyi
bahawa jika Amanah menang di Kelantan, besar kemungkinan Ustaz Nik Omar akan
dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan yang baru. Allahu Akbar!! Semoga ini
akan benar-benar menjadi kenyataan.
Jika ini berlaku, saya yakin rakyat Kelantan akan
sangat-sangat beruntung kerana kerinduan anda semua terhadap kecemerlangan
pimpinan ATGNA akan terubat dengan kehadiran penggantinya.
Apa yang saya juga harapkan ialah agar ramai dari
kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pas akan sedar dari lamunan mereka.
Bukalah mata dan gunakan akal yang sihat segera untuk lihat merit hujah-hujah
yang saya kemukakan dalam rencana ini untuk menolak Pas dan menyokong Pakatan
Harapan pada hari Rabu 9 Mei nanti.
Saya bukannya suruh anda membenci Pas. Tetapi saya hanya
ingin ajak anda semua menyayangi Islam lebih dari Pas. Sedarlah yang Pas hanya
sebuah parti politik. Pas bukan Islam, dan Pas tidak ada otoriti utk memonopoli
Islam seorang diri.
Marilah kita sama-sama kembalikan sinar keindahan Islam melalui pendekatan politik yang bersifat inklusif dengan menjalin hubungan berkerjasama yang baik bersama parti-parti lain dalam gabungan Pakatan Harapan. Sudah sampai masanya kita tolak cara berpolitik sempit yang menyalah-gunakan agama untuk memperbodohkan rakyat bagi kepentingan diri para pemimpinnya.
Nicely put together. Masalah dengan ahli pas sekarang hanyalah membuta tuli ikut kepimpinan semasa tanpa memikirkan apa yang TGHA lakukan sekarang tidah konsisten dengan apa yg ATGNA lakukan sebelum ni.
ReplyDeleteNampak sgt org islam kurang matang dari segi pemikiran dan percaturan politik.
Tahniah diatas tulisan berani Tuan. Pada pandangan saya ramai rakyat malaysia yg punyai pandangan yg sehaluan dgn Tuan.