Adakah Nabi akan mengaku kita sebagai umatnya di akhirat kelak?
Daripada
Ka’ab bin ‘Ujrah, ia berkata bahawa pada suatu hari Rasulullah (saw) telah
bersabda :
“Wahai
Ka’ab! Aku mohon perlindungan daripada Allah (swt) supaya melindungimu daripada
pemerintah-pemerintah yang datang selepas aku.
Barangsiapa
yang mendatangi pemerintah sambil mengiyakan dan membenarkan pembohongan mereka
dan membantu kezaliman-kezaliman mereka, sesungguhnya orang-orang yang berbuat
demikian bukanlah dari kalangan umatku dan ia tidak akan dapat menemuiku dan
menghampiri telagaku (Al-Kauthar) di akhirat kelak.
Tetapi barangsiapa
yang terpaksa bertemu pemerintah sedang dia tidak mengiyakan pembohongan
pemerintah itu dan tidak membantu di atas kezaliman pemerintah tersebut,
sesungguhnya aku akan bersamanya (di akhirat kelak).”
[Jami`
at-Tirmidhi, Hadis Sahih no. 2259]
Imam
At-Tirmidhi telah menyusun dan menempatkan hadis ini dalam jilid kitab no. 33
yang diberi tajuk "Al-Fitan" yang bermaksud Fitnah.
Fitnah yang
dimaksudkan dalam konteks di sini bukan membuat-buat cerita bohong untuk memburukkan
atau mengaibkan orang lain.Sebaliknya Fitnah yang dimaksudkan di sini ialah
ujian-ujian besar yang mencemaskan masyarakat akibat para pemimpin yang rasuah
dan menipu.
Disebabkan
inilah maka Imam At-Tirmidhi meletakkan susunan hadis ini dalam bab 72 yg
diberi tajuk "Bahaya menyokong dan menyetujui pemimpin-pemimpin jahat."
Di manakah
kedudukan kita nanti?
Comments
Post a Comment