Adakah kita sedang berada di dalam suasana seperti yang Nabi telah sabdakan ini?

A'isha meriwayatkan bahawa sebahagian orang dari kabilah Makhzum merasa risau dengan masalah seorang wanita dari kalangan mereka yang telah mencuri lalu mereka berkata, "Siapakah yang berani di antara kita menyampaikan hal ini kepada Rasulullah (saw)?"

Maka mereka mengusulkan, "Tidak ada yang berani melakukan hal ini kecuali Usama bin Zaid, seorang yang dicintai oleh Rasulullah (saw)."

Lalu Usama pun mengadukan hal itu kepada Rasulullah (saw) dan baginda pun menjawab dengan marah: "Apakah kamu hendak memberi keringanan dalam hukum dari hukum-hukum Allah?"

Kemudian baginda berdiri dan berkhutbah: "Wahai sekalian manusia! Apa yang telah membinasakan orang-orang sebelum kamu ialah apabila orang-orang bangsawan dari kalangan mereka mencuri, lalu mereka dibiarkan terlepas tanpa dihukum. Sementara jika orang-orang yang tidak berkedudukan pula ditangkap mencuri, maka mereka dikenakan hukuman (tanpa pertimbangan yang wajar).

Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sungguh akan aku sendiri yang memotong tangannya."

[Sahih Bukhari, Hadith No. 3475]


Soalan untuk kita renungkan bersama : Tidakkah negara kita sekarang sedang diadili dengan dua set undang-undang berlainan yang terpakai di antara yang berkuasa dan kaya, dengan yang tidak berkuasa dan lemah?

Comments

Popular posts from this blog

Ramadan Mubarak 2018 (Siri ke-6) : Amaran keras dari Allah dan RasulNya supaya jangan cenderung kepada orang zalim yang akan muflis di akhirat nanti.

Persamaan sebahagian besar umat Islam dengan penganut agama Kristian

Penghina Agama