Maksud bacaan dalam Solat

Ilmu dan maklumat paling asas yang wajib diketahui oleh semua orang yang bergelar Muslim..

Doa Iftitah

Allahu akbar kabira
= Allah Maha Agung yang sebenar-benarnya Agung

Walhamdulillah hi kathira
= Dan segala pujian bagi Allah dengan sebanyak-banyaknya

Wasubhanallah hi bukrataw wa ‘asila
= Dan Maha Suci Allah di waktu pagi dan petang.

Wajjahtu wajhiya lillazi
= Aku menghadapkan wajahku kepadaNya

fataros samaa watiwal ard
= yang telah mencipta langit dan bumi

Hanifa musliman
= sebagai seorang hamba lurus yang berserah diri kpd Allah

wamaa ana minal musyrikin
= dan bukanlah aku dari kalangan orang2 yang menyekutukan Tuhan.

Inna solati, wanusuki, wamahyaa ya, wamamaa ti
= Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku, serta matiku,

lillah hi robbil ‘alamiin
= hanyalah semata-mata bagi Mu Ya-Allah, Rabb semesta alam.

Laa syarikalahu
= Tiada sekutu bagiNya

wa bizalika umirtu
= dan aku menurut perintahNya

Wa ana minal muslimiin
= dan aku termasuk dari kalangan orang yang berserah diri kepada Allah.


Bacaan Al-Faatihah

Bismillah hirohman nir rohiim
= Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillahii robbil ‘alamiin
= Segala pujian bagi Allah, Rabb sekalian alam.

Ar rohman nir rohiim
= Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang

Maaliki yau middiin
= Yang menguasai dan memiliki hari Pembalasan

Iyyaka na’ budu
= Hanya kepada Engkaulah kami sembah

wa iyyaka nas ta’iin
= Dan kepada Engkau (sahajalah) kami memohon pertolongan

Ihdinas sirotol mustaqiim
= Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus

Sirotol lazi na ‘an am ta ‘alaihim
= Iaitu jalan orang2 yang Engkau telah kurniakan nikmat ke atas mereka

Ghoiril maghduu bi ‘alaihim
= Bukan (jalan) orang2 yang Kau murkai terhadap mereka

Walad dho liin
= Dan bukan juga (jalan) orang2 yang sesat.

Amiin
= Perkenankahlah doa kami


Bacaan ketika Ruku’

Subhaana robbiyal aziim (3X)
= Maha Suci Rabb kami yang Maha Agung

atau

Subhaanakallah humma, robbana wa bihamdika, Allahhuma maghfirli (3X)
= Maha Suci Allah Tuhan kami, dan segala pujian hanya bagi Mu wahai Rabb kami. Ya Allah, ampunkanlah dosa2ku


Bacaan ketika I’tidal

Sami ‘Allahhu liman hamidah
= Allah mendengar orang2 yang memujiNya

Allahu robbana walakal hamdu
= Ya Allah Rabb kami, dan bagi Engkaulah segala pujian


Bacaan ketika Sujud

Subhaana robbiyal ‘alaa
= Maha Suci Rabb kami yang Maha Tinggi kedudukanNya

atau

Subhaanakallah humma, robbana wa bihamdika, Allahhuma maghfirli (3X)
= Maha Suci Allah Tuhan kami, dan segala pujian hanya bagi Mu wahai Rabb kami. Ya Allah, ampunkanlah dosa2ku


Bacaan ketika duduk antara dua Sujud

Robbigh firli,
= Ya Rabb ampunkanlah dosaku

war hamni,
= dan rahmatilah diriku

waj burni,
= dan tutupi segala kekuranganku

war faqni,
= dan muliakanlah kedudukanku

war zuqni,
= dan kurniakanlah rezeki kepadaku

wah dini,
= dan berikanlah petunjuk kepadaku

wa ‘afini,
= dan peliharalah kesihatanku

wa’ fu anni
dan maafkanlah segala kesalahanku


Bacaan Tasyahhud

Atta hiya tul, mubaarokatus, solawatut, toyyiba tulillah
= Segala penghormatan, keberkatan, kesejahteraan (dan) kebaikan hanyalah milik  Allah

Assalamu’alaika aiyuhan nabi
= Salam sejahtera ke atas mu wahai Nabi

wa rohmatullah hi wa barokatuh
= yang mendapat rahmat Allah serta keberkatanNya

Assalamu ‘alaina
= Dan kesejateraan juga ke atas kami

wa ‘ala ibadillah his solihiin
= dan atas (semua) hamba2 Allah yang soleh

Ash hadu alla ilaa ha illallah
= Aku naik saksi bahawa tidak ada Tuhan selain dari Allah

Wa ash hadu anna muhammaddur rasulullah
= Dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah Rasulullah

Allahhumma solli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad
= Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraanMu ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad

Kama solli ‘ala Ibrahim, wa ‘ala ali Ibrahim
= Sebagaimana engkau telah limpahkan kesejahteraanMu ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim

Wabarik ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad
= Dan berikanlah keberkatanMu ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad

Kama barok ta‘ala Ibrahim, wa ‘ala ali Ibrahim
= Sebagaimana engkau telah berikan keberkatanMu ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim

Fil ‘alamiin, innaka hamiidun majid.
= Di dalam seluruh alam semesta ini, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia.


Doa tambahan yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah selepas bacaan tasyahhud dan sebelum memberi salaam.

Allahumma inni, ‘a uzubika
= Ya Allah ya tuhan ku, aku mohon perlindungan Mu

min azaabil qabri,
= dari azab kubur

wa min azaabin naari,
= dan dari azab api neraka

wa min fitnatil mahya,
= dan dari ujian (bahaya & keburukkan) ketika aku masih hidup

wa mamaati,
= dan ketika aku mati kelak,

wa min fitnatil masihid dajaal
= dan dari dugaan (bahaya & keburukkan) dajjal (yang sentiasa ingin menyesatkanku).





Comments

  1. Tks Nan doa ini baru juga di amalkan
    Tksih tak terhingga

    ReplyDelete
  2. Tks Nan doa ini baru juga di amalkan
    Tksih tak terhingga

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ramadan Mubarak 2018 (Siri ke-6) : Amaran keras dari Allah dan RasulNya supaya jangan cenderung kepada orang zalim yang akan muflis di akhirat nanti.

Persamaan sebahagian besar umat Islam dengan penganut agama Kristian

Penghina Agama